Macam-macam kejadian rompak dan pecah masuk rumah nie. Nampaknya para perompak nie asyik nak peah masuk rumah artis saja sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini pun rumah pelakon dan pengacara tv popular, Sharifah Sahira telah dipcah masuk oleh perompak.
Kejadian tersebut disedari Sahirah ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.
Ketika waktu kejadian difahamkan, tiga orang anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun bersama pembantu rumah berada di tingkat bawah kediaman berkenaan dan mereka tidak menyedari perkara itu berlaku.
Setelah pemeriksaan, hanya bilik tidur utama mereka dipecah masuk dan barangan kemas bernilai RM1,500 dilarikan perompak. Turut dilarikan ialah mata wang Indonesia.
Melalui rakaman cctv yang dipasang di rumah Sahirah, polis mendapati rumah tersebut dipecah masuk seawal jam 10.40 malam. Turut ditemui beberapa kesan cap jari perompak.
“Suspek hanya memecah masuk bilik tidur utama dan tiada sebarang kejadian lain dilaporkan,” katanya laporan dibuat suami mangsa di Balai Polis Taman Melawati jam 7.30 pagi, semalam.
p/s: Seorang blogger terkenal juga baru-baru ini kena rompak. Saya turut bersimpati apa yang berlaku kepada Denaihati.com. Mungkin ini adalah sebahagian ujian Dari-Nya. Harap DH bersabar... kalau nak tahu lebih lanjut klik SINI.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment