Zizan Mengaku Sayangkan Jue

on 11 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Zizan Mengaku Sayangkan Jue

Gossip tentang Zizan dan Jue memang dah lama admin dengar dan hubungan akrab mereka berdua nie sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Tapi kamu semua pun tahu jawapan artis, pastinya mereka akan memberi jawapan klise punya iaitu mereka cuma teman rapat sahaja.

Mereka berdua ni memang secocok juga kalau bersama, tak begitu semua ? 

Biasalah kalau dah lama berjauhan pastinya rindu mula berputik, menyubur di hati. Tapi selepas lima bulan Zizan dan Jue tidak berjumpa dek kerana Jue yang melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam bidang Ijazah pengajian filem, video dan media. Jue pulang ke tanah air pada mingu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini. 

Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual oleh wartawan Kosmo ! tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak dikala berjauhan, jawapan yang diberikan juga cukup jujur. 

Sambil memandang Zizan, 28, yang berada di sebelahnya, Jue berkata: "memang rindu sebab lama tak berjumpa. Ini kali pertama kami berjumapa selepas pulang ke Malaysia. Sebelum ini Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi. "

Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.

“Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia,” ucap Jue malu-malu.

Antara kata-kata Zizan dan Jue:-
Zizan:- “Saya sayangkan Jue tetapi masih ada pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue,”
Jue:- “Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa),”

Untuk lebih lanjut sila pergi ke Kosmo! Online 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved