Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...
Saya tak tahu siapa yang punya kerjalah nie. Dah tak ada cerita lainkah yang nak diterbitkan lagi sampai-sampai Remy Ishak sendiri yang terkena fitnah. Ini bukan fitnah kecil tapi besar. Remy Ishak masih sihat walafiat dan bukannya meninggal dunia seperti yang tersebar dekat laman sosial twitter. Terbaru, nama Remy Ishak telah masuk di dalam senarai trending Twitter di Malaysia akibat penyebaran berita palsu kematiannya.
Kemungkinan besar berita palsu ini bermula setelah Remy Ishak dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat jangkitan kuman di paru-paru. Untuk makluman anda, Remy Ishak telah pun keluar daripada hospital dan telah turut sama di dalam event Harian Metro malam semalam di Johor Bahru.
So, berhentilah hantar berita palsu ini kerana boleh menyebabkan orang lain yang susah. Apa faedahnya kalau kamu menghantar berita palsu nie ? Dapat keuntungankah ? Kalau nak jadi famous sekalipun gunalah cara yang betul, barulah gentlemen. Harap lepas ini tidak ada lagi berita-berita yang tak baik tersebar.
org le ni macam2 perangai
ReplyDelete