Keputusan England Vs Italy Euro 2012 | Italy Mara Ke Separuh Akhir

on 25 June 2012

Keputusan England Vs Italy Euro 2012 | Italy Mara Ke Separuh Akhir

ITALI yang memulakan permainan agak perlahan berjaya layak ke separuh akhir menerusi tendangan penalti, sekali gus sekali lagi mengesahkan badi suku akhir England.

Perlawanan kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev untuk menguasai tiket terakhir ke peringkat separuh akhir, terpaksa dilanjutkan sehingga peringkat sepakan penalti selepas permainan selama 120 minit tidak membawa sebarang gol - perkembangan yang mengecewakan peminat masing-masing.

Kedua-dua pasukan meneruskan saingan pada masa tambahan 30 minit tetapi terikat tanpa gol.

Kini, Itali dan England bersedia untuk mengambil tendangan penalti untuk menentukan nasib mereka.

Terdahulu, England turun gelanggang tanpa melakukan sebarang perubahan dalam barisan pemainya. Itali yang berjersi biru memulakan sepakan. England turun dengan jersi putih.

Di peringkat awal perlawanan, England menguasai sebahagian besar permainan 60-40%, tetapi di akhir-akhir babak pertama, Itali lebih banyak menguasai permainan.

Itali kelihatan menguasai permainan, terbukti melepaskan 23 tendangan yang menyasar gawang England berbanding lapan yang disempurnakan oleh Three Lions.

Statistik di akhir separuh masa kedua menunjukan Itali menguasai 60 peratus permainan berbanding 40 peratus oleh England.

England, yang menjadi pilihan ramai, mengekalkan Danny Welbeck sebagai gandingan Wayne Rooney, bintang MU yang membawa jaringan kemenangan dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan minggu lalu.

England membawa masuk Theo Walcott dan Andy Carroll, masing-masing menggantikan Milner dan Welbeck pada minit ke-60 dan 61.

Perlawanan hari ini merupakan pertemuan suku akhir yang terakhir Euro edisi 2012 - akan menjadi milik sama ada England ataupun Itali.

Sepanyol, Portugal dan Jerman sudah pun layak ke separuh akhir.

Dalam 22 pertemuan sebelum ini, Itali telah menang sembilan kali manakala England pula tujuh dan enam berakhir dengan seri.

Melihat pada sejarah, Azzurri mempunyai kelebihan kerana pasukan itu hanya kalah sekali kepada Three Lions dalam 35 tahun lalu - 2-0 pada 1997. Itali telah menang dalam dua pertemuan utama menentang England.

Statistik perlawanan (120 minit):

- Kedudukan gol: (0) England; (0) Itali

- Penguasaan bola: 37% (England); 63 (Itali)

- Sasaran ke gawang: 8 (England); 31 (Itali)

- Sepakan penjuru: (3) England; (7) Itali

- Kad kuning/merah: (0) England; (1, Barzagli) Itali



Sebelasan utama England:

01 Hart
02 Johnson
03 Cole
06 Terry
15 Lescott
04 Gerrard
11 Young
16 Milner
17 Parker
10 Rooney
22 Welbeck

Sebelasan utama Itali:

01 Buffon
06 Balzaretti
07 Abate
15 Barzagli
19 Bonucci
08 Marchisio
16 De Rossi
18 Montolivo
21 Pirlo
09 Balotelli
10 Cassano

Keputusan Perlawanan England vs Italy | Suku Akhir Euro 2012

England [0 - 0] Italy | FT

(Italy mara ke separuh menang penalti 2-4)
* Itali mara ke Separuh Akhir Kedua bertemu Jerman pada 29 Jun 2012

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Euro 2012



Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved