Kalau anda perasan, baru-baru ini secara bertubi-tubi artikel di suratkhabar yang keluar serentak menyatakan Izara Aishah seorang yang tidak berdisplin. Ada tulisan yang menyatakan Izara lewat sehingga beberapa jam ke lokasi penggambaran dan ke sesi fotografi yang telah diaturkan.
Mungkin tertekan dengan tohmahan sebegini, Izara menerusi Facebook Izara Aishah telah mengupdate satu status yang menyindir artikel-artikel yang ditujukan kepadanya.
Biasalah, dunia hiburan memang macam tu, lebih-lebih lagi dekat Malaysia nie. Bila kita buat baik pasti ada yang dengki dan bila ada sedikit salah pasti nak perbesar-besarkannya. Walaupun baik mana pun kita pasti ada yang dengki dan cuba untuk menjatuhkan kita. Apa yang haru dibuat adalah bersabar dan buat tak tahu saja benda tu. Kalau betullah Izara tak semua itu, abaikan saja tulisan-tulisan seperti itu. Tak payah fikirkan semu itu buat pening kepala saja, baik Izara hafal skrip atau buat persediaan buat lakonan seperti kata Abang Nara kita tu. Kredit info dan gambar Beautifulnara.com.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment