Bakar Al-Quran Bukan Jenayah

on 21 June 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Memang saya tak puas hati dengan tindakan yang diambil oleh penyiasat tentera Amerika yag mencadangkan hanya mengenakan tindakan disiplin kepada tujuh askarnya. Tindakan ini boleh mencetuskan lagi kemarahan umat Islam terutama sekali di Afghanistan.

Tetapi, keputusan rasmi belum dibuat mengenai butir-butir siasatan kes bakar al-Quran di sebuah kem tentera udara Amerika Februari lalu yang mencetuskan rusuhan menyebabkan berpuluh-puluh maut, kata pegawai terbabit.

Siasatan sudah selesai dan menunggu keputusan lanjut selepas hasil penyiasatan dikaji semula. - George Wright, Jurucakap tentera.

Penyiasat tidak mencadangkan dakwaan jenayah terhadap lebih enam askar dan seorang anggota tentera laut, kata pegawai itu.

Tentera Amerika mengesahkan siasatan kejadian itu sudah berakhir tetapi tidak memberikan maklumat lanjut mengenai bentuk tindakan disiplin yang dikenakan.

Kejadian membakar al-Quran itu mencetuskan rusuhan anti Amerika selama beberapa hari menyebabkan 40 orang terbunuh, menjejaskan hubungan di antara tentera asing dan sekutu mereka di Afghanistan selain memaksa Presiden Barack Obama meminta maaf. 

Militan Taliban dilihat mengeksploitasi insiden itu apabila menggesa penduduk Afghanistan membunuh tentera asing sebagai membalas dendam.

Taliban didakwa terbabit menembak mati dua penasihat Amerika Syarikat yang terbunuh dalam pejabat Kementerian Dalam Negeri Afghanistan selepas insiden itu.

Pemimpin kanan tentera Amerika kemudian mengeluarkan beberapa permohonan maaf berikutan kejadian membakar al-Quran itu tetapi turut menegaskan bagaimana insiden berlaku masih tidak jelas.

Mengenai bilangan mereka yang dihukum juga tidak jelas berapa pegawai terbabit dan berapa anggota.

Selepas insiden itu, beberapa pegawai Amerika berkata, tentera mengeluarkan al-Quran dari penjara di Bagram kerana banduan didakwa menggunakan kitab suci itu untuk menghantar mesej sesama mereka. Tetapi, dakwaan itu belum dapat disahkan secara rasmi.

Afghanistan adalah negara yang banyak menerapkan soal keagamaan dalam kehidupan seharian hingga sebarang tentangan terhadap Islam biasanya mencetuskan bantahan dan penduduk menuduh tentera Barat tidak sensitif, selepas 10 tahun kempen Amerika menumbangkan Taliban. – AFP. Kredit info: Berita harian.

p/s: Mereka nie macam mengambil ringan saja tentang pembakaran Al-Quran. Mereka tak rasa tentang perasaan umat Islam. 

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved