Wanita Tanpa Rahim Menjadi Ibu

on 27 May 2012

Wanita Tanpa Rahim Menjadi Ibu

ANTALYA, Turki- Sekumpulan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz di sini berjaya melakukan pemindahan rahim ke atas seorang wanita bagi membolehkannya menjadi seorang ibu, pemindahan pertama seumpamanya yang berjaya di dunia.

Pembedahan yang dilakukan ke atas Derya Sert, 22, (gambar) yang dilahirkan tanpa rahim, pada Ogos tahun lalu dilaporkan berjaya selepas wanita itu selesai menjalani rawatan selama enam bulan.

Pemindahan tersebut dilakukan menggunakan rahim yang diterima daripada seorang wanita yang maut dalam satu kemalangan jalan raya.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas Sert mendapati rahimnya kini berada dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.

Sert yang berkahwin dengan seorang mekanik menjadi wanita pertama berjaya menjalani pembedahan tersebut. -Utusan Online
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved