Sebuah pesawat tempur Britain era Perang Dunia Kedua ditemui semula selepas hampir 70 tahun tertimbus dalam pasir sejak ia terhempas di kawasan gurun dekat barat Mesir.
Pegawai Pertahanan dari Kedutaan Britain, Kapten Paul Collins berkata, pesawat jenis Kittyhawk P-40 itu ditemui dalam keadaan yang masih baik pada beberapa minggu lalu semasa satu penjelajahan untuk mencari kawasan perlombongan dilakukan.
Collins berkata, juruterbang pesawat itu yang dipercayai merupakan Sarjan Denis Copping, telah melakukan pendaratan cemas yang agak baik pada Jun 1942.
Kawasan barat Mesir merupakan tempat berlakunya beberapa pertempuran utama semasa Perang Dunia Kedua. - AFP
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment