Mr. bean dan Dewi Persik |
Gandingan aktor antarabangsa Rowan Atkinson (Mr Bean) sebagai pocong yang digandingkan bersama aktres kontroversi Indonesia, Dewi Persik (Depe) dalam filem terbarunya berjudul "Mr bean Kesurupan DP" pasti memberikan seribu satu persepsi setelah gandingan yang dilakukan ternyata lain daripada yang lain.
Mr Bean yang kita kenali adalah seorang lelaki yang kelakar dan lurus bendul, dalam filem ini dia harus memakai kostum pocong. Peminat hiburan di seberang pasti teruja untuk melihat hasil garapan yang telak dilakukan dalam filem ini.
Penerbit filem KK Dheeraj memberitahu ketika proses penggambaran dijalankan di Indonesia, Rowan seperti terkejut seketika apabila melihat kostum yang harus dipakainya kerana memegang watak pocong.
"Dia terkejut seketika, tapi saya terangkan kepada dia bahawa hantu seperti itu ada di sini," ujarnya.
Selain itu, menurut KK, Rowan seorang yang sangat lucu kerana ketika penggambaran sedang dijalankan dia kerap membuat lawak dengan krew yang lain.
"Dia memang suka buat lawak. Ramai krew yang tidak kering gusi dengan lawak yang sering dilakukan oleh Rowan ketika berada set penggambaran," Kata KK kepada Wowkeren.
Walaupun tidak tahu berapa banyak babak yang membabitkan Rowan, namun bintang filem "Johnny English Reborn" itu dikatakan akan bertutur sedikit dalam Bahasa Indonesia. - Yahoo! news
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment