Manchester City Juara EPL Selepas 44 Tahun

on 14 May 2012

Manchester City Juara EPL Selepas 44 Tahun

MANCHESTER: Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Roberto Mancini buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penutup liga musim ini.

Di sebalik kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Sunderland beberapa minit sebelum itu, jaringan penyerang Argentina, Sergio Aguero pada masa kecederaan melakarkan detik bersejarah buat penyokong Manchester City di Stadium Etihad.

The Citizens” bergelar juara EPL musim ini berdasarkan perbezaan jaringan yang memihak kepada kepada Manchester City sehingga ke perlawanan terakhir liga. – AP/Premierleague.com
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved