Awie Pernah Bergelar Ahli Gimnastik Sekolah

on 2 May 2012

Awie Pernah Bergelar Ahli Gimnastik SekolahVokalis kumpulan Wings Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan dia pernah menyertai sukan gimnastik ketika umurnya 14 tahun.

Awie berkata dia merupakan satu-satunya ahli gimnas terbaik di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur dan pernah mewakili sekolah untuk menjalani kursus Saintifik Gimnastik Kanada.

"Memandangkan sukan gimnastik kurang popular pada ketika itu, tidak banyak ilmu yang saya peroleh dan hanya melibatkan diri selama setahun sahaja.

"Tetapi saya tidak pernah berhenti daripada berlatih dan idola saya pada ketika itu ialah Nadia Comaneci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Tambah Awie, minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut membuatkan dia kerap membuat aksi gimnastik di atas pentas pada awal kemunculannya bersama kumpulan Wings.

Bagaimanapun, tegas Awie, walaupun sukan gimnastik dilihat feminin dan kurang sesuai bagi seorang penyanyi rock sepertinya, ia bukan sukan yang mudah sebaliknya memerlukan kekuatan otot sepenuhnya.

"Rasanya tidak salah jika lelaki seperti saya menyertai sukan ini kerana ramai sahaja lelaki yang aktif di bidang ini dan lihatlah bagaimana sasanya mereka.

"Bagaimanapun, sukan ini masih lagi menjadi kegemaran dan adakalanya saya akan mempraktikannya sekadar untuk meregangkan otot.

"Selain itu, sukan ini juga telah banyak mengajar saya mengenai cara penjagaan pemakanan yang sihat," ujarnya.

Sementara itu, Awie bakal memulakan penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan pada 10 Mei ini, arahan Mamat Khalid.

- mStar
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. memang tak sangka bila rockers ada minat macam ni, tapi memang baik utk kesihatan.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved