'Ustazd' Diupah Untuk Urus Janin

on 4 April 2012

‘Ustaz’ urus janin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelawat sekalian. Perkara ini memang dah berlarutan sejak sekian lama. Sememangnya tak disangka ada juga klinik yang menawarkan pengguguran janin yang masih beroperasi. Tidak rasa berdosakah mereka yang melakukan perkara terkutuk ini dan di mana nilai kemanusian mereka semua ? Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. Semuanya semacam dah kembali ke masyarakat Jahilia dahulu. 

Aku memang terkejut bila baca berita di myMetro ada juga kaedah untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam. Kaedah ini sama juga seperti membunuh kandungan sendiri dan tetap berdosa. 'Ustazd' mana yang menawarkan kaedah seperti ini ?  

Selain itu, pakej yang ditawarkan untuk ibu muda yang sudah terlanjur sememangnya murah dan mudah untuk diperolehi. Perkhidmatan secara haram ini  terdapat di beberapa klinik swasta di ibu kota. Pakej yang ditawarkan di antara RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan. 

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin. 

Difahamkan, perkhidmatan pengguguran kandungan secara haram itu dilakukan oleh jururawat kanan. So, apa sudah jadi nie ? 


p/s: tergamak sungguh 'ustazd' yang melakukan kerja terkutuk ini. Adakah 'ustazd-ustazd' yang dimaksudkan benar-benar ustazd yang diiktiraf atau ustazd palsu yang dicipta oleh klinik-klinik seperti ini ? Tindakan yang drastik harus diambil oleh jabatan-jabatan yang bertangungjawab untuk membendung perkara ini. 

Sumber: hMetro.com
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Aduhai dunia, moga kita bukan di antara mereka :)

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved