Remaja Perdagang Buah Pinggang Demi iPhone Dan iPad

on 8 April 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak Apple melancarkan iPhone dan iPad memang ianya menjadi kegilaan ramai penduduk di seluruh dunia, terutamanya remaja. Biasalah manusia sekarang sanggup berbuat apa saja demi memiliki apa yang dihajatinya, walaupun nyawa menjadi taruhan. Tidak silap aku dah banyak kali aku dengar dan baca tentang berita remaja sanggup jual organ demi memiliki iPhone dan iPad.


Baru-baru ini kejadian yang sama berlaku lagi. Kejadian ini berlaku di Negara Tembok Besar China di mana seorang remaja sanggup menjual salah satu buah pinggangnya untuk membeli iPhone dan iPad. Kejadian ini membantu pihak berkuasa Wilayah Tengah China membongkar urus niaga organ haram selepas menahan lima orang. Kes itu mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan mencukupi bagi menangani kesan negatif kepenggunaan khususnya generasi muda.

Pendakwa di Chenzhou menuduh suspek berniat untuk mencederakan kerana mengatur pembedahan dan pemindahan buah pinggan pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Wang, lapor agensi berita Xinhua, lewat kelmarin. 

Seorang wanita yang bertugas di pejabat pendakwaan Xhenzhou Beihu wilayah Hunan mengesahkan pihak pendakwa mengendalikan kes itu dan defendan berhadapan dengan dakwaan sengaja melakukan kecederaan. 

Dia enggan mengulas sebaliknya meminta perkara itu ditanya kepada bahagian media pejabat berkenaan untuk maklumat lanjut. 

Defendan termasuk seorang pakar bedah, seorang kontraktor hospital dan broker yang mencari penderma melalui internet dan menyewa bilik pembedahan untuk mengendalikan prosedur berkenaan, lapor Xinhua. 

Kira-kira 1.5 juta penduduk di China perlukan pemindahan organ tetapi hanya 10,000 pemindahan dilakukan setiap tahun, menyebabkan berlakunya perdagangan organ secara haram. 

Xinhua melaporkan, seorang defendan dikenali sebagai He Wei kecewa menanggung hutang judi dan meminta seorang defendan lain mencari penderma organ. – AP
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Fuhhh, gila kentang.. Sanggup nye gadai nyawa demi gadget tu? aishhh..

    ReplyDelete
  2. @Miss Nurul Atikah Biasalah tu Nurul... manusia sanggup buat apa saja demi yg dihajatinya... Dia tak fikir semua tu...

    ReplyDelete
  3. tak ptot.. hmm... cne kalau ttibe mati time wat operation..hhmmm

    ReplyDelete
  4. @ciksukaberangan Itu antara risiko yg perlu ditanggung oleh si penjual organ tu...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved