TVRSA - TV Internet Diwujudkan Oleh Bekas Pengikut Al-Arqam

on 18 March 2012

TVRSA memaparkan pelbagai aktiviti kumpulan yang dimuat naik oleh ahlinya.


Pergerakan yang diharamkan suatu ketika dahulu rupanya bergiat aktif  memaparkan aktiviti mereka dan cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah.

Bekas pengikut pergerakan Al-Arqam yang diharamkan sejak 1994 dikesan mewujudkan saluran televisyen internet dikenali TVRSA, yang boleh dilayari melalui sebuah laman web bagi mengembangkan semula ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan.

TVRSA yang menggunakan slogan ‘Saluran Roh Suci’ dan ‘Seks Suci Islam’ dikesan aktif memuat naik pelbagai klip video berkaitan perkembangan terkini Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), syarikat yang dipimpin Hatijah Am, isteri pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Laman web berkenaan turut memuat naik klip video mengenai Aurad Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai AM di kalangan pengikut pergerakan itu. Singkatan RSA yang digunakan kumpulan berkenaan pula merujuk kepada Rasulullah SAW, Saiyidi (Sheikh Suhaimi iaitu pengasas Tarikat Aurad Muhammadiah) dan Abuya, yang menjadi antara elemen utama diterapkan dalam ajaran itu.

Rangkaian televisyen dalam talian itu turut memaparkan penampilan Khatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan pengikutnya, dalam beberapa siri kuliah dan persembahan ‘Teater Seks Islam’ atau dikenali sebagai TSI

Turut dipaparkan dialog yang dinamakan ‘Dialog Seks Suci Islam’ dan ‘Seks Haram’ yang disiarkan dalam beberapa siri serta beberapa klip video memaparkan kefahaman ajaran kumpulan berkenaan.

Jika dilihat sekali imbas, memang ia seolah-olah tidak bercanggah dengan Islam, namun ada beberapa klip yang menimbulkan tanda tanya kerana mengagungkan Ashaari dengan memaparkan imej serta gambar beliau. -BHarian
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. ok lah tu kalau x bercanggah dengan Islam. APA ADA HAL

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Assalam... sememangnya mereka dah lari dari aqidah. Para pengikut mereka sendiri lebih mengagungkan ketua mereka tu. Kalau nak tau lebih lanjut baik tanya pada yg berkenaan... huhuu

    ReplyDelete
  3. jakim buatla tv internet juga lawan balik heheee .......jakim oh jakim

    ReplyDelete
  4. Kepada saudara anonymous, syanak tnya ckit ja kepada saudara, kenapa kita terlalu taksub minat bola, penyanyi,dan sebagainya bukankah itu mengagongkan kah..satu lagi dalam doa jumaat kenapa kita perlu meletakkan nma sultan, bukan itu mengagongkan pemimpinkan.. Sbenarnya saudara..kita harus mendoakan pemimpin kita agar menjadi lebih baik dari yg sebelumnya betul.. X jdi salah kah mereka mengagongkan pemimpin mereka sendiri... Jgn kita bersangka buruk pada orang cuba cari apa yang mereka wat slah dankaji betul atau tidak salah itu terima kasih saudara ...

    ReplyDelete
  5. Kepada saudara anonymous, syanak tnya ckit ja kepada saudara, kenapa kita terlalu taksub minat bola, penyanyi,dan sebagainya bukankah itu mengagongkan kah..satu lagi dalam doa jumaat kenapa kita perlu meletakkan nma sultan, bukan itu mengagongkan pemimpinkan.. Sbenarnya saudara..kita harus mendoakan pemimpin kita agar menjadi lebih baik dari yg sebelumnya betul.. X jdi salah kah mereka mengagongkan pemimpin mereka sendiri... Jgn kita bersangka buruk pada orang cuba cari apa yang mereka wat slah dankaji betul atau tidak salah itu terima kasih saudara ...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved