Skim Pemberhentian Pekerjaan Dilaksana Selepas Dapat Persetujuan MEF & MTUC

on 28 March 2012

Skim Pemberhentian Pekerjaan akan dapat dilaksanakan jika Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan modul serta mekanisme jangka panjang yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata kerajaan memperuntukkan RM52 juta sebagai dana permulaan skim itu.

"Kesepakatan kedua-dua pihak itu penting bagi memastikan dana tabung itu dapat diisi untuk kegunaan jangka panjang. "Perjanjian kedua-dua pihak ini akan dibawa ke satu mesyuarat melibatkan Kementerian Sumber Manusia, wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan pihak yang mewakili majikan untuk mendapatkan kesefahaman mengenai modul dan mekanisme yang sesuai untuk melaksanakan skim tersebut," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Selasa.

Maznah juga berkata seramai 1.57 juta pekerja asing bekerja di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sementara sehingga Disember tahun lepas. Beliau berkata kerajaan merangka langkah jangka pendek dan panjang bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing seperti meningkatkan kadar levi secara berperingkat.-BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved