Jangan Asyik Menyalahkan Syaitan Sahaja..

on 22 March 2012



Manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Masalahnya bila melakukan kesilapan manusia suka salahkan syaitan. Asyik-asyik salahkan syaitan. Pemerintah yang zalim, disalahkan syaitan. Wanita tidak menutup aurat, disalahkan syaitan. Semuanya syaitan yang disalahkan. Tidakkah kita lihat akan diri kita sendiri ?

Bangun lambat sampai subuh, disalahkan syaitan kononnya menggari badan dia ketika tidur, padahal begitu khusyuk sekali layan cerita Korea di laptop. Tak sedar sudah pukul 4 pagi. Orang lain bangun untuk tahajjud, dia baru nak lelapkan mata. Ini memang tak dinafikan, sememangnya ada dikalangan kita yang melakukannya. 

Terfikir kisah datuk nenek moyang kita dahulu. Beza sekali dengan kita.

Apabila Allah mencipta Adam dan Hawa sebagai makhluk manusia yang awal, mereka berdua tidak dibiarkan bertelanjang malah diberikan pakaian. Buktinya ketika Adam di Syurga dan melanggar perintah agar jangan makan pohon terlarang, pakaiannya tertanggal. Ia menunjukkan sememangnya mereka berdua berpakaian di syurga.

Apabila mereka berdua diturunkan ke bumi dan lahir zuriat manusia yang ramai, mereka diberikan tanggungjawab untuk berpakaian dan tidak bertelanjang.

Allah SWT berfirman :

“Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf : 26)

Fakta ini menafikan sejarah manusia rekaan barat yang menyatakan bahawa manusia awal bertelanjang tidak berpakaian. Apabila mereka semakin maju barulah mereka menyedari keperluan berpakaian. Teori ini sebenarnya adalah rentetan teori sesat dan kufur yang menyatakan manusia adalah hasil evolusi yang panjang daripada kejadian binatang seumpama kera.

Kera adalah binatang yang tentu sahaja tidak berpakaian. Apabila bertukar menjadi manusia yang berfikir maka manusia barulah berfikir tentang pakaian. Ini adalah teori sesat lagi kufur yang telah berjaya diserapkan dalam pemikiran masyarakat Islam menerusi pendidikan barat.

Teori ini menafikan sejarah manusia bermula dengan Adam dan Hawa yang ditegaskan oleh islam dan diyakini juga oleh agama Yahudi dan Nasrani. Cuba lihat buku sejarah pada tahun 1987, jelas menjadikan teori ini sebagai sebahagian sukatan yang mesti dipelajari. Malang sungguh pemikiran kufur ini boleh meresap masuk dalam sistem pendidikan negara yang majoritinya adalah muslim!

Hatta manusia moden walaupun berada di zaman era globalisasi, pemikiran dan tamadun ideologi mereka seperti ke belakang. Tak tahu kenapa suka sangat berpakaian seperti spesies kera. Berpakaian tetapi telanjang. Tak reti nak bezakan yang mana salah dan yang mana benar.

Rasuah versus sedekah. Jauh beza.

Orang hulur duit jangan dianggap sedekah semata tetapi fikirkan niat dan impaknya. Bila sekali rasa, mesti nak lagi. Lama-lama ketagih. Sudah sebati dengan darah daging. Anak bini pun diberi makan duit haram. Bila masa pula solat, ibadah lain dan hukum islam tertegak di dalam institusi keluarga?

Firman Allah lagi: 

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (2:30).

Berat tanggungjawab khalifah. Khalifah bukan sekadar hidup saja, tapi maksud khalifah itu adalah sebagai "pengganti" Nabi dalam menyampaikan ajaran Islam dan memakmurkan bumi. Sebagai rantai-rantai perjuangan meyebarkan risalah agama.

Sebab itu, jangan salahkan syaitan. Syaitan cuma ingkar kepada Allah sekali sahaja. Tetapi kita engkar perintah Allah saban waktu. Syaitan setiap waktu tidak pernah "miss" menjalankan tugasnya dengan menyesatkan anak Adam. Kita pula selalu "miss" kewajipan menunaikan perintah Allah.

Firman Allah S.W.T Bermaksud:

“Jika kamu berbuat baik, (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri”. (Qs. al-Israa’ [17] : 7)

Firman Allah S.W.T Bermaksud :

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berbuat dosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.(Qs. al-Israa’ 15)

Allah S.W.T sentiasa akan mengampunkan dosa hamba-hambanya. Tapi kita saja yang tidak ingin mengambil kesempatan untuk melakukannya. Kenapa ? tanyalah pada diri sendiri. 

Kesimpulannya, tiada seorang pun insan di dunia ini yang tiada melakukan kesalahan, kerana itu kita mestilah akui secara jujur bahawa setiap diri tentu melakukan dosa. Jangan asyik menyalahkan syaitan sahaja atas apa yang berlaku. Berusahalah membersihkan hati dan jiwa serta mengharapkan keampunan Allah disertai amal takwa. Berdoalah agar kita semua diampunkan Allah atas segala dosa dan maksiat yang dilakukan selama ini.

Wallahualam...
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Alhamdulillah...TQ for sharing this good info....

    ReplyDelete
  2. Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved