iPad Terbaru (iPad 3) Mempunyai 5 Kelemahan Yang Perlu Diberikan Perhatian

on 28 March 2012



Semenjak pelancaran New iPad 3, timbul banyak rungutan dan komen negatif berkenaan produk terbaru Apple itu. iPad 3 dilihat banyak masalah dan ianya nampak terlalu sukar untuk Apple mengatasinya dalam masa terdekat. Boleh dikatakan sesiapa yang membelinya akan rasa seolah-olah tertipu dengan ‘kehebatan’ iPad terbaru itu.

New iPad 3 Mudah Panas

Antara masalah utama iPad baru 2012 adalah, kepanasan yang terlampau (untuk sebuah tablet), masalah pengecas bateri, kelemahan signal wifi, penggunaan data 3G yang tinggi, dan ketiadaan SIRI. Bagi masalah panas itu, telah ammboi postkan mengenai isu berkenaan. Dilaporkan, iPad baru lebih panas dari iPad 2. Masalah kepanasan yang membuatkan penggunanya berasa tidak selesa dan risau untuk menggunakannya. Ia akan jadi bertambah panas apabila memainkan perisian yang memerlukan paparan grafik yang besar.

Masalah Bateri dan Wifi?

Masalah pengecas dan paparan bateri new iPad 3 pula kerana masa menunggu untuk mengecas terlalu lama sehinggakan mengambil masa 6 jam untuk mencapai 100 peratus. Namun jika paparan bateri menunjukkan 100 peratus maknanya sudah penuh tetapi aktiviti mengecasnya masih terus berjalan atau mengecas dan ini seolah-olah paparan bateri full berkenaan seperti tidak tepat. New iPad 3 juga mengalami masalah kelemahan signal wifi. Ia dilihat terlalu bermasalah dan perlu diatasi segera.

iPad 3 Makan Besar Data Usage?

Sesiapa yang menggunakan Data Plan pastinya akan merungut dengan masalah ke-4 ini. New iPad 3 dikhabarkan memakan data 3G yang terlampau tinggi dan mampu menyebabkan anda semput ketika menggunakannya untuk streaming video atau sebagainya. Ada berita melaporkan jika anda streaming video (dalam format HD) selama 2 jam anda akan kehabisan 2GB data.

Tiada ‘Siri’?

Apa yang paling mengecewakan sejak pelancaran iPad 3 ini adalah ketiadaan ‘SIRI’ sebagaimana yang ada dalam iPhone 4S. Ianya cukup mengecewakan pemiliknya. Siri yang dikatakan semakin popular sejak dilancarkan dalam iPhone 4s tidak dimuatkan dalam tablet terbaru Apple ini. Apapun kena tunggu apa reaksi pihak Apple selepas ini dan diharap isu-isu yang dipaparkan ini mendapat maklumbalas dari pihak Apple dengan segera. 

Sumber dan rujukan : Tech&Trend

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved