Gara-Gara Pegang Tangan Wanita 160 Sebatan Bakal Dikenakan

on 27 March 2012

Gambar Hiasan


RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan. 

Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.

Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya.

Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya. 

Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf. 

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz. 

Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi

P/S Inilah cara yang patut kita gunakan di Malaysia walaupun banyak tentangan kerana mungkin cara ini akan mengurangkan lagi kes-kes pembuangan bayi yang kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Masyarakat kena dididik dari mula barulah ianya akan diterima bila sudah berjaya kelak. Sesuatu perkara yang tidak disukai pada mulanya insyaAllah akan diterima akhirnya. 

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. kalau malaysia macam nih , konfem heboh satu malaysia , rusuhan sana sini , demonstrasi sini sana ,

    P/s : amin2 , mintak2 lar malaysia pun ikut contoh cam dalam negara tuh , kesan yang positif ,

    ReplyDelete
  2. Bab, hukuman penjara saya sokong, tang hukuman 160 sebatan tu yang terlebih tuh, sedangkan pesalah tersebut hanya menyentuh tangan bukan mencabulkehormatan wanita tersebut, hukum hudud mana dorang pakai ni, tu bukan hukum hudud, tu namanya hukum karut yg direka oleh orng yg suka mengarut. pulang kenegeri asalnya, habis ceta.

    ReplyDelete
  3. Klu ia dlakukn dmlaysia mgkin bgus tp yg xbgus nya klu dh sma2 nk wat g2 xkn tlksana jga hkuman 2..

    ReplyDelete
  4. Klu ia dlakukn dmlaysia mgkin bgus tp yg xbgus nya klu dh sma2 nk wat g2 xkn tlksana jga hkuman 2..

    ReplyDelete
  5. eja prkataan 'pegang' pun jadi 'pengang'! apekejadahnyer...
    aku ingatkan 'bengang'! anyway hukuman tu bagus jugak... jangan mendekati zina..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved