Awas ! Lelaki Asid Kini Muncul Kembali

on 29 March 2012

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca di blog ini. Memang kejadian simbah asid nie pernah menggemparkan kita terutamanya warga kota, dengan kejadian beberapa orang yang disimbah asid oleh orang yang tak di kenali. Dikatakan kejadian sama muncul kembali selepas senyap seketika. Adakah mereka ini senyap kerana ingin pihak polis berfikiran bahawa mereka sudah tidak melakukan perkara itu lagi atau adakah mereka ini tengah bergiat mengatur strategik untuk melakukan jenayah ini ? Persoalan yang timbul memang banyak.

Kejadian tersebut berlaku berikutan satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lepas, dimana seorang wanita telah disimbah dengan asid setelah cuba melawan apabila rantainya cuba diragut oleh suspek berkenaan ketika sedang menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17.

Aku rasa penjenayah ini sudah gila sehingga sanggup mencederakan orang lain dengan asid. Mungkin penjenayah ini dah ketagih dengan dadah atau sudah hilang akal/gila. Di harapkan pihak berkuasa dapatlah menangkap penjenayah secepat yang mungkin bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali. Orang awan pun kena ambil perhatian tentang kejadian ini dan sentiasalah berwaspada terhadap perkara yang mencurigakan. Jika terdapat perkara tersebut, cepat-cepatlah menghubungi pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

P/S: Di harap semua orang berhati-hati dengan penjenayah nie, kalau tak buruk padahnya.

Bagi mengetahui perkara ini lebih lanjut sili pergi ke sini.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Ya Allah.. macam2 sekarng ni.apa y dorang xpuas hati sampai org lain jadi mngsa... ermm

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved