Akibat Hina Nabi Dan Al-Quran, Halaman Facebook Di Arah Tutup

on 23 March 2012



Laman sosial memang memberi peranan yang snagat penting dan penggunaan laman sosial kini sangat berleluasa di kalangan masysarakat dunia khasnya di Malaysia sendiri. Tapi bila laman sosial di salah gunakan banyak akibatnya. Orang lain yang jadi mangsa akibat perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab ini dan baru-baru ini sebuah mahkamah di Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa untuk menutup lima halaman Facebook dan sebuah laman web kerana menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci Al-Quran dan beberapa agama lain. 

Adakah perbuatan ini sangat bermoral ? Ini boleh menimbulkan satu lagi masalah yang sangat besar kepada umat dunia. Adakah kita ingin lihat demonstrasi jalanan, dan seterusnya bertukar kepada satu bentuk peperangan ? Sudah semestinya tidak. Oleh sebab itulah kita sebenarnya tidak menyalahgunakan laman sosial yang ada sekarang. Gunakanlah ia ke jalan yang lebih berfaedah sikit agar kita memperoleh manfaat dari itu. Bukannya seperti menghina agama lain, membuat provokasi, dan sebagainya hanya disebabkan kita tidak puashati terhadap sesuatu. 

Halaman Facebook berkenaan bukan saja menghina Nabi dan kitab suci Al-Quran tetapi juga telah memaparkan beberapa kartun yang dipaparkan hampir menyamai maksud pornigrafi. Selain itu, Mereka memang mensasarkan Al-Quran dan Nabi sebagai sasaran tama mereka. Walau bagaimanapun nama halaman web berkenaan tidak didedahkan.

DHAKA: Sebuah mahkamah Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa menutup lima halaman Facebook dan sebuah laman web kerana menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran dan beberapa agama lain.

Hakim di mahkamah tinggi di ibu kota Dhaka mengarahkan pemantau telekomunikasi, pegawai Kementerian Dalam Negeri dan polis menyekat halaman terbabit serta merta.

“Halaman berkenaan mengandungi kata-kata cacian dan kartun menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran selain Jesus Nabi Isa AS, Buddha dan Hindu,” kata peguam yang membawa kes itu ke mahkamah, Nawshad Zamir.

“Sasaran utama mereka ialah nabi dan al-Quran. Halaman di laman web berkenaan menjejaskan sentimen negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam selain pengikut agama lain juga. 

“Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi,” kata hakim itu. Bagaimanapun, nama halaman web itu tidak didedahkan.

Hakim meluluskan perintah itu selepas satu petisyen bersama dikemukakan oleh seorang tenaga pengajar Universiti Dhaka dan ketua sebuah sekolah undang-undang. 

Zamir berkata, pihak mahkamah juga meminta pihak berkuasa menyiasat siapa yang menghantar kartun itu selain ulasan menghina secara online.

Ia adalah kali pertama sebuah mahkamah Bangladesh bertindak untuk menutup halaman tertentu dalam Facebook atas dakwaan menjejaskan sentimen agama. Satu kes sama mengenai dakwaan ia mengandungi unsur penghinaan juga berlaku di negara jiran, India.

Pihak berkuasa Bangladesh sudah mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet sebelum ini.

Januari lalu, seorang pelajar ditahan di sebuah kampung pedalaman atas dakwaan menyiarkan kenyataan di Facebook yang menghina bapa Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Pada bulan yang sama, seorang pelajar Bangladesh berusia 29 tahun dihukum penjara enam bulan, meskipun tidak hadir di mahkamah, selepas menghantar satu mesej di Facebook mendoakan perdana menteri mati dalam satu kemalangan jalan raya. – AFP

P/S: Gunakanlah laman sosial untuk manfaat bersama. Jadikan ianya untuk anda berkongsi ilmu atau pendapat bersama rakan-rakan lain. Itu lebih mendatangkan faedah yang sangat berguna kepada kita.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Laman Sosial camni kadang2 banyak bg masalah laks...
    http://careeron9.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. biase la.. manusia memg suke menyakiti org len.. lagi2 kalo berlainan agama..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved