Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Setelah dua hari tidak ada bekalan air sehinggakan habis heboh satu Tawau dibuatnya. Facebook pun heboh juga dengan komen budak-budak Tawau nie sebab tak dapat naik guna air masa-masa kecemasan. nak buang air kecil pun susah juga sebab tak ada air lebih-lebih lagi bila nak buang air besar atau berak nie, fuhhhh, lagilah kritikal tahap gaban. Ada juga yang tak mandi sebab ketiadaan bekalan air selama dua hari ini.
Klik !!!
"Beberapa kawasan di Tawau mengalami gangguan bekalan air semenjak awal pagi tadi..dipahamkan Loji Air Cinta Mata Gudang Empat terkena banjir. Kini pihak penyelenggara sedang bertungkus lumus untuk membuat penyelenggaraan..
Diharapkan anda semua bersabar sebab tiada siapa yang mahu mengalami masalah. Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera yang melibatkan keperluan harian. Sekali lagi kepada anda jangan terus menghentam pihak Jabatan Air atau yg berkenaan..mereka sedang berusaha membaik pulih..."
Banyak cerita juga aku dengar dari orang punca ketiadaan bekalan air selama dua hari nie. Antaranya, pembaikan sistem pengaliran air, mesin di rosak dan macam-macam lagilah. Baru tadi aku dapat dengar yang Loji Air di Tawau rosak.
"Dipahamkan beberapa restauran dan gerai makan terpaksa menutup premis mereka ekoran ketiadaan bekalan air yang bersih dan simpanan air dari tangki..
Keluhan dari masyarakat yang mengalami masalah air kian memuncak...
Kita kena bersabar...sekuat mana kita menekan pihak bertanggungjawab kalau jawapannya tiada apalah gunanya..
Tunggu dan lihat...doa-doa saja semoga semua selesai..Jom mandi sungai..lama dak mandi sungai ni bos !!!!...."
Dan akhirnya bekalan air hidup kembali tapi tak seberapa juga. Tapi bersyukur juga sebab dapat juga mandi setelah berhari-hari tak mandi weiii... Bau busuk sudah nie !...huhuhu...
"Sesetengah kawasan di Tawau telah menerima bekalan air semula...Alhamdulillah..pada kawasan yang belum harap sabar kerana juruteknik sedang berusaha untuk membaiki kerosakan..."
Tawfiq Titingan
"Banjir di Loji Air Cintamata kelmarin pagi menyebabkan air mentah penuh pasir memasuki pam dan peralatan lain mengakibatkan kerosakan loji . Sehubungan itu, bekalan air seluruh bandar Tawau telah terputus. Pasukan Juruteknik Timatch telah bertungkus-lumus membaiki kerosakan dan jam 5 petang tadi loji telah kembali beroperasi sepenuhnya. Bekalan air untuk seluruh kawasan Tawau akan pulih secara beransur-ansur. Saya difahamkan, Jabatan Bekalan Air sedang berusaha untuk memastikan Design Fault di Loji Cintamata dimana setiap kali banjir mengakibatkan loji rosak dan bekalan air terputus akan dapat diatasi dengan reka-bentuk semula kawasan "water Intake" sebagai penyelesaian jangka panjang..."
Sumber :https://www.facebook.com/mytawau
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment