Khairul Fahmi Bersedih Diatas Pemergian Adik Beliau Ke Rahmatullah

on 5 December 2011



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, Satu berita yang amat menyedihkan bagi penjaga gol negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai panggilan Apek dan keluarga, di mana adik kesayangan, Mohd Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun telah meninggal dunia akibat Demam Denggi pada pukul 11.15 pagi tadi(Isnin) di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM).Allahyarham telah dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM selama lima hari sebelum meninggal dunia.

Mohd Amirul Izzat Che Mat sebelum itu telah menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.

"Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izzat ketika dia dimasukkanke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta."

"Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izzat minat dengan bola tetapi kurang pandai,"kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan sukan olimpik Rabu ini."

Tahun 2011 ini merupakan satu ujian yang amat besar bagi Apek dan penuh dengan warna-warna. Kehebatannya memang sukar disangkal lagi setelah membantu Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Sea di jakarta. Tapi tidak kurang juga gosip-gosip yang Apek terpaksa terima dan telan daripada pelbagai pihak sehinggakan Apek pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau hendak bersara awal akibat gosip yang diterimanya.

Dan yang paling terbaru pula, adik kesayangannya telah menyahut seruan Illahi pada pagi tadi.

Di sini admin berharap Khairul Fahmi harus tabah dan kuatkan semangat untuk menghadapi segala ujian yang diberikan oleh Allah Subahana Wataalah. 

Takziah buat Khairul Fahmi Che Mat dan keluarga, Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Amiiinnn....

*Gambar: Apex (kiri) dan Ayahnya, Che Mat Hussin, 58 (kanan) di Tanah Perkuburan Islam Wakaf  Mek Zainab.


Al-Fatihah...


Sumber : Mynewshub.my


   


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. alfatihah..... mesti apex stress bilamana terlalu byk dugan dilalui dalam 1 masa. moga apex tabah dan kuat. yg pntng jgn lupakan tjawab sbg seorg islam. insya Allah

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved