Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Nilai Muka | 50 sen | 20 sen | 10 sen | 5 sen |
Logam | Nikel Loyang Bersalut Kuprum | Nikel Loyang | Keluli Tahan Karat | Keluli Tahan Karat |
Garis pusat (mm) | 22.65 | 20.60 | 18.80 | 17.78 |
Berat (gram) | 5.66 | 4.18 | 2.98 | 1.72 |
Bentuk | Bulat berlekuk 9 | Bulat | Bulat | Bulat |
Sisi | Kosong | Kasar | Halus | Kosong |
Warna | Kuning | Kuning | Putih | Putih |
5 sen Destar Siga Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu. |
|
wah. cantik.
ReplyDelete