Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Tinggal beberapa jam sahaja lagi 2011 akan menutup tirainya dan 2012 pula akan datang menyusul. Selamat tinggal segala kenangan-kenangan ku. Memang banyak peristiwa-peristiwa yang terjadi di tahun 2011, sedih pula rasanya tapi itu sudah menjadi Qada' dan Qadar hidup di dunia.
Dalam masa beberapa jam sahaja lagi 2011 melengkepkan tugasnya, Lanun nak tanya nie?. Macam mana dengan azam anda semua ? Dah tercapai atau tidak nie ? Kalau ada yang belum tercapai terpaksalah dibawah ke tahun 2012 nie. hahaha..
Lanun punya azam kah ?... Tak silap aku, aku tak pernah punya azam yang spesifik. tapi buat-buat ada azam saja aku nie... hahaha... Entahlah, azam pun aku tak ada macam mana lah aku nak maju nie... Tapi aku berserah saja pada-Nya yang lain aku dah usahakan yang lain pula aku tawakal saja.
Memanglah aku harap tahun 2012 yang bakal membuka tirainya adalah terbaik dari tahun-tahun sebelumnya. Siapa yang nak hidupnya yang akan datang lebih buruk dari tahun-tahun sebelumnya. Anda semua nak kah ?... kalau anda nak, anda memang pelik. Tak pernah aku dengar semua tu sebelum nie, kalau ada pun dah sah yang dia tu gila atau ada sebalik sesuatu yang menjadikan dia begitu.
Oklah, sampai sini saja aku yer... Berjumpa lagi kita di tahun hadapan...
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment