Mampukah Malaysia Mempertahankan Kejuaraan Menentang Indonesia di Sukan Sea 2011 ?

on 20 November 2011


Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca dan para blogger,

Siapakah yang bakal menjadi Juara bola sepak Sukan Sea 2011?, itu akan terjawab apabila Malaysia dan Indonesia akan berentap satu sama lain di perlawanan akhir nanti. Admin harapkan Malaysia akan bertemu Vietnam di perlawanan akhir nanti tapi pasukan Indonesia lebih bertenaga menundukkan Vietnam [INA (2) VS (0) VIE] pada semi-final semalam. Seperti biasa buku bertemu ruas pasti gamat dibuatnya, lebih-lebih lagi dengan penyokong Indonesia yang kayak-kayak penyokong fanatik begitu. Ada saja provokasi dan usaha sabotaj pasukan Malaysia, entah apa niat dorang ni pun admin tak tahu lah.


Harapan admin agar pasukan Malaysia tabahkan hati dan kuatkan semangat dalam menghadapi provokasi-provokasi yang mereka hadapi. Apa yang penting sekali ialah skuad Malaysia mesti biasa dengan tekanan dan situasi seperti itu. Apa-apa pun Malaysia tetap boleh !!!... Sokongan kami tetap bersama sehingga ke akhir perlawanan. Kalah menag adat permaianan... Tapi yang penting sekali Skuad Malaysia mesti menang menentang Indonesia agar kita dapat menutup ego dan kutukan-kutukan mereka terhadap pasukan Malaysia.

Ayuh skuad Harimau kita tunjukkan taring kita jangan benarkan sang Garuda bermaharajalela di ruang angkasa. Buktikan yang kita adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Doa dan harapan kami tetap bersama kamu. Malaysia Boleh !!! Malaysia Boleh !!! Malaysia Boleh !!!....

Jadual Perlawanan Akhir :

Malaysia VS Indonesia

21 November 2011 (Isnin)

Stadium Gelora Bung Karno

Jam 20:30 / 8.00 mlm

Live di TV1, TV3 dan Astro Arena 801
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. insyaAllah kita memang =) jom sama2 bg semangat n doakan skuad Harimau Malaya...

    ReplyDelete
  2. @CikSyazwaniAzizyuppp... Malaysia Boleh !!!!... doakan kejayaan skuad Hariamau Malaysia... hiraukan saja pekikan penyokong Indon tu... huhuhu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved