Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 | Malaysia VS Syria

on 22 November 2011


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua warga peminat dan penyokong bola sepak negara. Tahniah sekali lagi admin ucapkan kerana telah berjaya mempertahankan pingat emas yang di menangi Sukan Sea dua tahun lepas. Admin yakin dengan persembahan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan malam kelmarin pasti dan yakin kualiti bola sepak Asia Tenggara akan bertambah baik. Itulah satu-satunya yang boleh admin gambarkan dari sudut pandangan admin, tak tahulah kalau dari pandangan korang pula, kan.

Setelah anak-anak muda Malaysia tammat perlawanan menentang Indonesia, mereka bergegas pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan khas dari Indonesia. Kini mereka mempunyai kira-kira 41 jam untuk membuat persediaan menghadapi Syria bagi kelayakan Olimpik London 2012. Tiket perlawanan Malaysia VS Syiria ini mula dijual hari ini iaitu di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional (9 pagi hingga 7 malam) dengan harga RM 40 (grandstand) dan RM 20 (terbuka).

Persediaan skuad Olimpik Malaysia mungkin tidak seberapa apatah lagi beberapa tonggak utama mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan. Antara mereka yang dihimpit masalah kecederaan adalah Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim. Namun skuad Olimpik Malaysia bernasib baik apabila beberapa pemain yang tidak dibawa ke Sukan Sea Indonesia seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Hazwan Bakri, Affize Faisal Mamat, D Saarvindran, Izuan Salahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Nazirul Naim Che Hashim  sedia diturunkan tetapi Gary Steven Robbat masih belum pulih dari keedraan.

Apa pun ianya bukan kelebihan sepenuhnya buat Syria apabila bertemu skuad negara pada aksi kedua kumpulan C saingan kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Bukit Jalil, malam esok. Syria sebenarnya turut di belenggu masalah kecederaan. Lima tonggak kesebelasan utama Syria mengalami kecederaan ketika menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi sulung, 21 September lalu - Penjaga gol Mahmoud Yousef, Mohamad Afa Al Rifai, Zahir Al Midani, Oday Abd Al Jafal dan Yaser Shushara - tidak berada dalam senarai 24 pemain ke Kuala Lumpur.





Syria VS Malaysia

Jam : 8.45 malam

Tarikh : 23.11.2011

Live : Astro Arena, RTM TV 2



Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 seterusnya adalah Malaysia VS Bahrain pada 27/11/2011 jam 8.45 pm di Stadium Bukit Jalil.







Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved