Ahmad Jais meninggal dunia !

on 11 October 2011

Assalamualaikum, semua para blogger yang ku kasihi... berita tergempar nie... Penyanyi veteren iaitu Datuk Mohd Jais Ahmad (Ahmad Jais) telah meninggal dunia. Satu lagi bintang telah hilang buat warga seni di Malaysia... Oleh itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Beliau...Semoga roh beliau ditempatkan di tempat2 orang yng beriman... Aminnnn

SHAH ALAM: Penyanyi veteran, Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi. Allahyarham yang dilaporkan kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC mulai nazak, semalam, dan dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan. Jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved