Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Home > Posts filed under Lawak
Rahsia Untuk Lelaki Supaya Dikejar Awek Cute
by Unknown on 26 October 2012
Rahsia Untuk Lelaki Supaya Dikejar Awek Cute | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! hari ini mungkin special sikit sebab aku nak kongsikan kepada kamu semua (khas untuk lelaki saja tapi kalau perempuan nak tahu juga pun tak apa kot...) Entri kali ini, sekadar perkongsian biasa saja yang aku cedok dari rakan blog. Kalau nak kongsikan juga dengan rakan-rakan lain pun boleh saja tak jadi masalah.
Pasti kamu tertanya-tanya, bukan? macam mana kita nak membuatkan awek-awek yang cun dan cute terkejar-kejar dengan diri kita yang tak seberapa nak tampan dan hensem nie erk?
Kamu janganlah risau lagi sebab aku ada cara yang senang dan tersangatlah mudah untuk memubuatkan awek mengejar kamu. Nak tahu apa kaedah dan tips itu? Sebenarnya, setiap cara ada rahsianya... hahaha! Jom kita ushar kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang jangan biar ada orang tengok...
Kamu dah bersedia tak nie?
|
|
|
|
|
Rahsianya macam nie sebenarnya...
|
ermmmmm
|
|
|
Langkah 1:
- Pertama sekali dekati awek yang kamu suka tu..
|
Langkah 2:
- Berikan senyuman kamu yang paling indah lagi berkeyakinan
|
Langkah 3:
- Tatap anak mata awek tu sedalam-dalamnya
(yang nie seram pula, takut terus kena pelempang kat muak)
|
Langkah 4:
- Pegang tangan awek tu
|
Langkah 5:
- AMBIL DOMPETNYA...
|
Langkah 6 (terakhir):
- Dan..... Bawa lari dompetnya tu...
Mudah bukan? semudah menjilat jari... Dijamin dengan cara ini kamu mungkin akan 'dikejar' oleh awek tersebut... Selamat Mencuba! Risiko kamu tanggung sendiri erk... sekadar hiburan semata-mata.
Sumber asal: Azriyajie
Bung Moktar Radin Suka Kumpul Teddy Bear Dan Main Patung Barbie?
by Unknown on 4 October 2012
Bung Moktar Radin Suka Kumpul Teddy Bear Dan Main Patung Barbie? | Memang agak pelik bila seorang lelaki suka kumpul Teddy Bear dan main patung Barbie. Semalam Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin telah memuat naik status yang lucu di lama sosial Twitternya.
"Saya sangat suka mengumpul teddy bear dan bermain dengan anak patung barbie. So cute!" tulis Bung Moktar.
Statusnya telah "diretweeted" sebanyak 133 dan "favorites" sebanyak 7 kali. Namun 8 minit kemudian, Bung Moktar sekali lagi memuat naik status memberitahu bahawa status itu dibuat oleh isterinya, Zizie Izette.
"Ini Zizie Izette punya kerja.. kelakar betul...," tulisnya.
Hahaha... kena Tweetjack dengan isteri sendiri. Memang niat nak bergurau rasanya Zizie kepada suaminya. Semoga kekal bahagia bersama suami kesayangannya. Aminnn... Bahagia rasanya keluarga ini...
Sumber: nescafeais
‘Magibon’ Hanya Senyum Depan Kamera, Tapi Ditonton Lebih 11 Juta Di Youtube!
by Unknown on 16 September 2012
‘Magibon’ Hanya Senyum Depan Kamera, Tapi Ditonton Lebih 11 Juta Di Youtube! | Kelakar jugaklah bila penulis turut terbabit sama dengan menonton video youtube yang entah penulis sendiri tak tahu nak cakap macam mana.
10 saat pertama selepas menonton video ni, penulis berfikir apa bendalah yang budak perempuan ni nak sampaikan sebenarnya.
Nak tujukkan rambut perangnya itu ke, nak tunjuk matanya yang besar atau nak tunjuk kukunya yang panjang?
Dah la sepatah ayat pun tak keluar dari mulut dia. Yang dia lakukan hanya memandang kamera, melambai tangan dia buat gaya ‘peace’.
Seolah-olah macam tentgok cermin pula. Pelik betul budak ni.
Tambah penulis pelik apabila video youtube itu mempunyai 11 juta tontonan!
Orang lain punya susah buat lagu, video klip atau apa saja perkara menarik untuk mendapat tontonan ramai, budak tu pulak selamba je pandang kamera dan dapat 11 juta penonton.
Setelah diselidik rupanya gadis berkenaan bernama Margaret Lilian Adams namun dikenali sebagai Magibon, berusia 26 tahun dan berasal dari Florida tetapi kini menetap di Pannsylvania.
Dia telah mencipta fenomenanya sendiri dengan memuat naik berpuluh-puluh video di Youtube dengan durasi kurang daripada satu minit.
Semua videonya hanya memaparkan dia kelip-kelip mata, mengucapkan ‘hi’ dan ‘bye-bye’.
Oleh kerana fenomenya yang diciptanya luar biasa, kini Magibon telah menjadi rakan kongsi rasmi YouTube dan mempunyai lebih 100,000 pelanggan.
Ramai yang pada mulanya ingatkan Magibon ini adalah orang Jepun atau Korea, padahal dia adalah rakyat Amerika!
Dia yang meminati kartun anime telah mempelajari beberapa bahasa Korea, jadi sebab itu dia kelihatan seperti kebanyakkan gadis dari negara berkenaan.
Ditanya mengapa dia merakamkan video sedemikian, dia hanya menjawab ia sekadar suka-suka. Macam tu pun boleh ye!
Lihat saja video di bawah ini, ‘Me Doing Nothing’ adalah video pertama yang di muat naik olehnya sekitar tahun 2006.
Saksikan!
Sumber: informasi
Kesakitan Pada Malam Pertama
by Unknown on 13 September 2012
Kesakitan Pada Malam Pertama | Bagi mereka yang belum cukup syarat dan belum baligh lagi diharap jangan baca entry ini kerana dikuatiri anda tersalah faham. Tapi kalau nak baca juga tanggung akibat sendiri. (^_^) . Ingat !!! jangan layan sangat...
Kesakitan Pada Malam Pertama
Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.
Admin : Jangan fikir bukan-bukan ye, sebab ini hanyalah untuk menghilangkan stress anda. Bila baca tu kena open minded sikit jangan dok syok sangat. hehehehe
Johan Raja Lawak Nyanyi Lagu Gangnam - Ah Chai Jahanam Style
by Unknown on 4 September 2012
Johan Raja Lawak Nyanyi Lagu Gangnam - Ah Chai Jahanam Style | Disebabkan populariti lagu Gangnam Style kini meningkat, semakin ramailah yang meniru aksi PSY nie. Namun, kali ini kita lihat pula aksi Johan Raja Lawak yang sememangnya hebat dalam aksi tiru-meniru nie.
Aku rasa ramai dah yang menjadi 'mangsa' Johan. Antaranya Dr. Fadzillah Kamsah, Alleycats, Herman Tino dan ada beberapa lagi kalau tak silap.
Kali ini, Johan telah menukar lagu tersebut kepada "Ah Chai Jahanam Style". Tapi, memang bestlah, habis semua soya bean, taufu fah, pasang tile dan entah apa-apa senikata lagi disumbatnya dalam lagu tersebut. korang layanlah sendiri lagu itu di bawah nie.
Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak Manakala Perempuan Pula Berselerak?
by Unknown on 14 August 2012
Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?
Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?
Hurmm… kenape ye??
Korang nak tahu??
Boleh tengok jawapannyer tat bawah….
‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:
Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:
Inilah jawapannya... hehehe... apa macam ada betulkah tu ya ? (Sumber)
Elak Saman, Lelaki Mabuk Bonceng Motorsikalnya Di Atas Basikal
by Unknown on 25 June 2012
SEORANG lelaki di China memilih untuk mengikat motorsikalnya di atas sebuah basikal dan memboncengnya untuk pulang ke rumah kerana menyedari dirinya sudah mabuk kerana terlalu banyak minum arak.
Lelaki itu dikatakan mengambil terlalu banyak arak ketika makan tengahari lantas menyedari bahawa dia tidak boleh menunggang motorsikalnya untuk pulang ke rumah kerana ia melanggar undang-undang.
Dikatakan kerana enggan menanggung risiko disaman oleh pihak berkuasa, lelaki yang tidak dikenali itu memilih untuk menyewa sebuah basikal untuk digunakan bagi membonceng motorsikalnya pulang ke rumah.
Dengan mengikat motorsikalnya di belakang basikal, dia dengan tenang mengayuh basikal pulang ke rumah sambil mengimbangkan basikalnya yang ditunggangi secara terhuyung hayang.
Bagaimanapun, menunggang basikal dalam keadaan mabuk tidak melanggar undang-undang jalanraya di China.
Sumber: Freemalays
"Mr. Bean" Jadi Pocong Filem Indonesia
by Unknown on 25 March 2012
Fuhhhh, memang terkejut bila dengar Mr. Bean akan berlakon filem di Indonesia nanti. Ceh, dari watak lucu terus pergi bertukar ke watak seram pula. So, jangan lupa saksikan filem tu nanti ya. So, mungkin filem nie akan laris juga dekat pawangan nanti.
Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.
Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.
"Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.
Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe".
"Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.
Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.






















