‘Magibon’ Hanya Senyum Depan Kamera, Tapi Ditonton Lebih 11 Juta Di Youtube! | Kelakar jugaklah bila penulis turut terbabit sama dengan menonton video youtube yang entah penulis sendiri tak tahu nak cakap macam mana.
10 saat pertama selepas menonton video ni, penulis berfikir apa bendalah yang budak perempuan ni nak sampaikan sebenarnya.
Nak tujukkan rambut perangnya itu ke, nak tunjuk matanya yang besar atau nak tunjuk kukunya yang panjang?
Dah la sepatah ayat pun tak keluar dari mulut dia. Yang dia lakukan hanya memandang kamera, melambai tangan dia buat gaya ‘peace’.
Seolah-olah macam tentgok cermin pula. Pelik betul budak ni.
Tambah penulis pelik apabila video youtube itu mempunyai 11 juta tontonan!
Orang lain punya susah buat lagu, video klip atau apa saja perkara menarik untuk mendapat tontonan ramai, budak tu pulak selamba je pandang kamera dan dapat 11 juta penonton.
Setelah diselidik rupanya gadis berkenaan bernama Margaret Lilian Adams namun dikenali sebagai Magibon, berusia 26 tahun dan berasal dari Florida tetapi kini menetap di Pannsylvania.
Dia telah mencipta fenomenanya sendiri dengan memuat naik berpuluh-puluh video di Youtube dengan durasi kurang daripada satu minit.
Semua videonya hanya memaparkan dia kelip-kelip mata, mengucapkan ‘hi’ dan ‘bye-bye’.
Oleh kerana fenomenya yang diciptanya luar biasa, kini Magibon telah menjadi rakan kongsi rasmi YouTube dan mempunyai lebih 100,000 pelanggan.
Ramai yang pada mulanya ingatkan Magibon ini adalah orang Jepun atau Korea, padahal dia adalah rakyat Amerika!
Dia yang meminati kartun anime telah mempelajari beberapa bahasa Korea, jadi sebab itu dia kelihatan seperti kebanyakkan gadis dari negara berkenaan.
Ditanya mengapa dia merakamkan video sedemikian, dia hanya menjawab ia sekadar suka-suka. Macam tu pun boleh ye!
Lihat saja video di bawah ini, ‘Me Doing Nothing’ adalah video pertama yang di muat naik olehnya sekitar tahun 2006.
Saksikan!
Sumber: informasi
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment