Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - Online dan SMS

on 3 May 2013

Semakan Keputusan Muet Sesi Mac 2013 - Online dan SMS

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - Online dan SMS | Kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Muet Sesi Mac 2013 boleh menyemak keputusan bermula pada tarikh 6 Mei 2013. Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Muet di sekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi tarikh yang sama. Manakala bagi calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos.

Walau bagaimanapun, memandangkan hari Isnin, 6 Mei 2013 telah diisytiharkan sebagai Cuti (Selangor dan Pulau Pinang), maka calon sekolah/institusi di negeri berkenaan dinasihatkan agar menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUETRESULTNo. Kad Pengenalan dan menghantarkannya ke 15888, yang boleh disemak mulai jam 12:01 tengah malam 6 Mei 2013 dan melalui sistem online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi pada Isnin, 6 Mei 2013

Calon sekolah/institusi di Selangor dan Pulau Pinang boleh mendapatkan slip asal keputusan MUET Sesi Mac 2013 mereka di sekolah/institusi masing-masing pada Selasa, 7 Mei 2013. Calon persendirian individu seperti biasa akan memperoleh slip keputusan mereka melalui pos. Mereka juga boleh menyemak keputusan melalui dua cara yang disebutkan di atas. MPM.


Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - Online

Calon boleh menyemak keputusan ujian Muet Sesi Mac 2013 dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my/ bermula jam 9.00 pagi (6 Mei 2013).



Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 - SMS

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui SMS dengan menaip:


MUET RESULT [jarak] NO.KP hantar ke 15888

Contoh: MUET RESULT 940312028188 hantar ke 15888


Perhatian!!!
  • Penghantaran mesej bermula 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

Rayuan


Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

Tarikh tutup semakan semula ialah pada 14 Mei 2013 dan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut bolah didapati melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei 2013 ini.


Sumber: www.mysumber.com


Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. huh patutlah auc hantar mesej x jadi, rupanya 6/5 hehehee

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved