Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

on 15 January 2013

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) | Woaaahhh, berita baik nie kepada semua belia-belia yang berminat nak ambik lesen dan belum mendapat lesen B2 anda boleh mencuba Prgogram BL1M ini. Program ini hanya untuk lesen motorsikal sahaja.

Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada peringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan , ujian praktikal dan beberapa lagi. Pada masa ini kos purata untuk memohon lesen B2 adalah sebanyak RM380.


Objektif Bantuan Lesen 1Malaysia:
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan yang berhemat
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum
  • Memberi lesen kepada penunggang motorsikal dengan kadar murah diakhiri kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan:
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 tahun hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Cara Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada pautan link di bawah:
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motorsikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara berkomputer, latihan, ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M

Nota: Sekiranya anda tidak dapat mengakses borang tersebut melalui link pautan yang diberikan, ini berpuca dari server yang agak sesak ketika ini.

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
kredit :  melvister.com
Tarikh Keputusan Permohonan BL1M

  • Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubugi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Kemaskini Terkini: 30 Januari 2013



Lokasi Penggunaan BL1M
  • Program ini akan dijalankan di mana-mana institusi memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.

Maklumat Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.

NOTA: Setakat ini laman BL1M belum dapat diakses sepenuhnya. Hal ini berkemungkinan terlalu banyak capaian yang dibuat ke atas laman tersebut. Diharap semuanya dapat bersabar dan sentiasa cuba melayari laman tersebut dari semasa ke semasa kerana kami yakin masalah ini dapat di atasi oleh pihak yang berkaitan.

kredit: melvister.com 
Ranking: 5

{ 59 Comments... read them below or add one }

  1. mcm mna nk daftar klaw asyik eror ?? x leh bukak pon grr ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba saja... ramai yang dah dapat mohon... cuma kena bersabar..

      Delete
  2. asal bukak asyik error je

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Aku dapat tips dari seorang rakan blogger... cuba buka dalam selang 30 minit.. leaps tu cuba akses balik... sebab ramai yang dah berjaya isi borang tu... hanya kesabaran saja yang perlu...

      Delete
  4. MACAM NE NI??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah yang buat semua org bengang sekarang nie... memang ada sedikit masalah sekarang nie.. mungkin banyak sangat capaian yang dibuat ke atas laman tersebut...

      Di harap semuanya bersabar, kami yakin masalah ini akan dapat di atasi oleh pihak berkaitan... Kamu boleh cuba guna Mozilla dan Explore sebab kebiasaannya laman kerajaan akan lebih baik jika guna pelayar tersebut...

      Delete
  5. kalau saya kerja semntara mcm mna?

    ReplyDelete
  6. mmg la bole..sy plih ya,still kerja...tp xde num pjbt n faks..mcm mne nk buat?klu x xdpt hantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. nombor pejabat tak ada... kalau macam tu saya tak taulah nak ckap mcm mana...

      Delete
  7. ko bagi jer no.handpon bos ko..kira no opis la tu..

    ReplyDelete
  8. bengang,bengang............

    ReplyDelete
  9. pmhonan nk wat senag ke nk wat bengang?????????????

    ReplyDelete
  10. bengang!!!!!!!!!!!!! asal klik tak dapat bukak????????????????

    ReplyDelete
  11. buka pepagi,insyallah sng masuk..saya isi td ok jer..xde pun error2...

    ReplyDelete
  12. payah btul la xada cara lain ke,dr semalam nk wt smpi la ni xada

    ReplyDelete
  13. umo 16 thun x leh ke ambik lesen . sbb tngok 17 hinga 40 jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu setahun lagilah dik... ^_^

      Delete
  14. saya dh lebih umur 40thn, ambil ujian L asyik gagal. bole tak saya memohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh lah , sebab syaratnya 17 tahun hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.... ^_^

      Delete
  15. klu kita dh ad lesen L tpi nk msuk ni nk dapat lesen P. .bleh x??

    ReplyDelete
  16. Saya blum memliki apa2 lesen.. Umo 19 thun.. Seandainya tplih.. Pogram ini dijlnkn 1tmpt jk ke? Xble bt yg bdekatan sbb sy d pdlman..

    ReplyDelete

  17. pogukon laut boy;29january,2013

    saya dah ada lesen kta,bolehkah saya memohon lesen b2 ni,umur pun dah 40.sebelum ni saya ada juga memohon di sekolah memandu tapi lambatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada lesen keta dah tak boleh mohon kalau tak silap... ^_^

      Delete
  18. OKE . sye da isi borg nim mlalui online p mcm aner pula dgn NO.MONEY ORDER ?

    ReplyDelete
  19. salam tuan admin, kenapa copy artikel tanpa memberikan kredit?

    ReplyDelete
  20. Npe kerajaan x membenarkan rakyat yg brumur 40 keatas..

    ReplyDelete
  21. salam,,, saye umur 17 tp lom masuk lg 17 bulan 3 nti bru msuk 17thn.. cmne boleh x saye mohon dalam mase terdekat ni????

    ReplyDelete
  22. salam,,, saye umur 17 tp lom masuk lg 17 bulan 3 nti bru msuk 17thn.. cmne boleh x saye mohon dalam mase terdekat ni????

    ReplyDelete
  23. salam,,umur saya 17 thun tp lom masuk lg nti bulan 3 ni baru nk msuk,, boleh x klo saye mohoh dlam bulan 2 ni untuk ambil BL1M ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mohon... janji pada atau selepas 1 januari 2013 koe dah berumur 17 tahun ... ^_^

      Delete
  24. Saya ade lesen L dulu tapi..dah tamat tempoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, memang tak boleh mohon... itu yg saya tahu...

      Delete
  25. tempat bljr tu tempat bljr sekolah ataupun tempat bljr memandu??

    ReplyDelete
  26. Tumpang tanya sikit boleh?
    Kalau sy isi on9, kena buat jugak ker money order tu?
    Harap sudi membantu. Tq

    ReplyDelete
  27. Sekiranya warganegara Cambodia berkahwin m'sia dan mempunyai visa adakah layak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bolehlah... lagipun mesti warganegara Malaysia baru boleh mohon BL1M...

      Delete
  28. Mcm mna nk isi borang nie.....n mna nk dpt borang....

    ReplyDelete
  29. Mcm mna nk isi borang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btul tu mcm ne nk isi borang klau asyik eror jer

      Delete
  30. hokage aquinas thomas-san18 February, 2013

    Tlong bagitau cra nk isi borang....

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. ape niiii..asik errorrrr jeeeeeee

    ReplyDelete
  33. cmne ewk...kalau aku nk ambk lesn moto n keta skali gus pt x....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya lesen motor saja untuk BL1M....

      Delete
  34. Replies
    1. tak silap sehingga habis kuota 500 ribu... ^_^

      Delete
  35. snang ja isi.. skali buat ja..

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. mcm mane nk byr secare online ni ?
    aku tk ade akaun bank untuk membuat byrn ..
    err .. klau da daftar pz tu kne tngu 2 weeks kan ..
    then , kena pergi time sekolah ke mcm mane ni ? T.T

    ReplyDelete
  38. Saya dah terlmbt nk daftar... Bleh tak bkak lg. .. Sy x tau pulak last 1.3 lmbt sehari jea... Bzy kerja. .. Pleaseeeee nk sgt2

    ReplyDelete
  39. Saya tak boleh daftar bl1m.tak dapat cari.

    ReplyDelete
  40. Saya tak boleh daftar bl1m.tak dapat cari.

    ReplyDelete
  41. Saya tak boleh daftar bl1m. tak dapat cari.

    ReplyDelete
  42. Sye nak complen ckit...sye dah isi borang bl1m n dah wat wang pos tp smpai skarang msih tak da jwapan lai....sye nak wang sye blik... sye dah puas telepon pihak tuan tapi tak da jawapan...harap pihak tuan dapat berkerja sama dengan sye....

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum,
    i'm just know how to register for BL1M
    any updated please be inform.
    thank you..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved