Khairul Fahmi (Apex) Dan Leuniey Akan Dinikahkan Oleh Tuan Guru Nik Aziz

on 12 December 2012

Khairul Fahmi (Apex) Dan Leuniey Akan Dinikahkan Oleh Tuan Guru Nik Aziz

Khairul Fahmi (Apex) Dan Leuniey Akan Dinikahkan Oleh Tuan Guru Nik Aziz | Alhamdulillah, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012 ini dan bakal dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di kediaman Leuniey.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ayah Leuniey:
“Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,” katanya.
Selain itu, pelamin majlis pernikahan dan resepsi Apek dan Leunniey juga mendapat tajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. wah..bertuahnya Khairul Fahmi...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Apex dan Leuniey...

    ReplyDelete
  3. bertuah si apex ngn leuniey..
    tahniah!

    ReplyDelete
  4. bertuahnya. Alhamdulillah

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved