Rasulullah Istihar Perang Di Gaza!

on 19 November 2012

Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza

Rasulullah Mahu Perang Di Gaza!

Ini kisah benar yang diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Rasulullah Mahu Perang Di Gaza!

Allahu Akbar!!!

P/S: Teruskan berdoa, tiada apa yang mereka harapkan dari kita di Malaysia kecuali Doa..Setiap kejadian mesti ada hikmah..

Yahudi dan sekutunya berusaha untuk menghalau dan membunuh Mujahideen di sana, mereka lupa Allah bersama mereka. 

Mereka menyangka dapat memadamkan cahaya Islam dengan mulut-mulut celaka mereka. Yahudi jangan kamu bermimpi di siang hari..Kamu bangsa yang dilaknat dan musuh Allah.....


Cukup menyayat hati bukan?? Kita yang hanya melihat, tetapi mereka yang menanggungnya lebih berat dan memilukan... Setiap hari ada mangsa yang terkorban... setiap hari tangisan mengalir... setiap hari mereka hidup dalam ketakutan... setiap hari mereka dihujani peluru sesat tentera Israel... 
"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu."
"Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur."
"Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan."
"Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."
Admin hanya mampu membantu dari doa untuk keselamatan umat islam disana.. Diharapkan rakan-rakan juga turut sama berdoa agar saudara islam kita disana dilindungi Allah .S.W.T.. Allahu Akbar!

Sumber: Facebook Jkkk Fan Club via kakisembang.com
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Allahuakbar...doa senjata orang Islam

    ReplyDelete
  2. doa mampu memberi sesuatu impak kepada pejuangan Islam ini ..

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan gaza dan palestin bebas...

    ReplyDelete
  4. sama-sama kita doakan gaza bebas

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved