Anne Ngasri Rancang Nikah Pada 22 Disember

on 15 November 2012

Anne Ngasri Rancang Nikah Pada 22 Disember

Anne Ngasri Rancang Nikah Pada 22 Disember | Selepas berita pertunangan Anne Ngasri dan pasangannya Mohd Sumali Reduan diketahui umum yang bertunang pada minggu lepas, Anne merancang untuk bernikah pada 22 Disember 2012 ini.

Anne juga berharap pernikahan ini adalah pernikahan yang terakhirnya. 

Kami doakan semoga Anne bahagia dengan pilihan hati iaitu Mohd Sumali Reduan. Setiap manusia yang bergelar suami isteri pastinya inginkan keluarga mereka itu bahagia dan saling melengkapi satu sama lain. Harap Anne dapatlah membina keluarga sakinah seperti yang anne inginkan. Amiinn

Dalam pada itu, Sumali yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO menafikan yang dirinya menjadi punca perpisahan hubungan Anne dan Aliff Aziz. Berikut adalah kata-kata Sumali;
"Mula-mula tiada perasaan terpaut padanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya.
Saya akui yang saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami sangat serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula ada tiga orang anak,"
Sumber rujukan: forblogger.net 
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Tahniah anne. Perkara baik eloklah dipercepatkan.. Moga dirimu bahagia anne

    ReplyDelete
  2. bah ikwan,kau bila lagi..si anne sudah.haha

    ReplyDelete
  3. @CikNana Awal lagi bah Nana... koe tu bah, nanti makan pasirlah anak org tu... hehehe

    Tapi kalau seruan sudah memanggil apa boleh buat ... hahaha

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved