Masih Wujudkah Gadis Pemalu?

on 4 October 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga pembaca setia dan para pelawat-pelawat semua. Betulkah masih wujud gadis yang pemalu dan bersopan-santun pada era zaman sekarang ini? Urmmmmm, kalau dari segi pemerhatian diri ini, memang susah kita nak jumpa gadis pemalu lebih-lebih lagi zaman sekarang nie. Kenapa jadi macam nie? Kalau dulu bila jumpa saja lelaki pasti mereka akan menundukkan kepala kerana malu tapi zaman sekarang nie berbeza pula, di mana lelaki yang menundukkan kepala kerana takut/malu memandang gadis di luar sana. Macam aku jugalah nie.... haha.. Boni kau pun mungkin ada dalam ketegori ini, lelaki pemalu tapi tetap kacak..

Masih Wujudkah Gadis Pemalu?

Maaflah andai ada yang terasa (***jangan ada yang marah dulu, baca sampai habis erk), Aku bukannya nak main hentam siapa-siapa atau nak cari gaduh dengan gadis-gadis dekat luar sana. Aku tahu bukan semua gadis yang bersikap macam tu, segelintir saja. Cuma memang amat sukar nak cari gadis pemalu yang pandai menjaga adab sopan. Cuba kamu semua perhatikan sendiri, bila ada saja lelaki kacak yang lalu bukan main laju lagi mata malihat sampaikan kepala dah berputar 180 darjah. Tapi bukan semua gadis yang bersikap macam tu, ada segelintir sajalah... Tepuk dada, tanya diri sendirilah...

Adakah faktor susah nak dapatkan lelaki yang berkualiti sampai bersikap macam tu sekali? Adakah sifat pemalu dalam diri akan menyukarkan kamu untuk mendapatkan lelaki impian dan idaman? Aku rasa, mungkin kamu tersilap dalam andaian tersebut. Lelaki lebih suka dengan gadis yang sopan santun dan pemalu.

Tak sopan betul la pada kalau perempuan peramah yang amat dan lepas tu terhegeh-hegeh mengayat lelaki. Rasa macam tersangatlah mereka ni terdesak mencari jodoh sampai lupa adat ketimuran. Peribadi kena jaga, budi pekerti kena baik. Semua kena perhatikan agar lelaki senyum depan dan belakang kita tak la belakang kita mereka mencebik geli dengan perangai gediks tu kan?

Ok la, sampai sini saja aku nak kongsikan pendapat ini, andai ada yang terasa tu, harap dimaafkanlah diri ini. Wassalam
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved