Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo Percepatkan Tarikh Perkahwinan

on 22 October 2012

Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo Percepatkan Tarikh Perkahwinan

Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo Percepatkan Tarikh Perkahwinan | Nampaknya teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo terjawab hari ini apabila beliau memilih 9 dan 10 November 2012 untuk menamatkan zaman bujangnya.

Majlis makan malam resepsi perkahwinan Chong Wei dan bekas ratu badminton negara, Mew Choo akan diadakan di Pusat Konvensyen kuala Lumpur.

Majlis pada 9 November tersebut ia melibatkan lebih kurang 1,000 jemputan tetamu kehormat (VIP) dan antara yang diundang ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa Menteri kabinet serta ahli-ahli korporat dari dalam dan luar negara. Manakala malam kedua 10 November, Chong Wei akan mengadakan majlis buat kaum keluarga dan sahabat andai yang melibatkan 1,500 jemputan termasuk 500 krew bertugas.

Pengumum mengenainya dibuat oleh abangnya, Lee Chong Hoon pada sidang media semalam tanpa kehadiran Chong Wei kerana beliau sedang menyertai kejohanan Terbuka Denmark di Odense.

Tahniah buat Chong Wei dan Mew Choo!
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. eh..tu gambar chong wei ke tu???napa nampak macam orang lain yang tak ada semangat nak hidup je tu??haha

    ReplyDelete
  2. @boni kacak tu gambar abangnya lah... Lee Chong Hoon...

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Boleh tahan jugak Boni ni... Mendalam betul maksud...

    ReplyDelete
  4. ingat an lee chong wei tadi . hehe

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved