Abby Risau Tidak Sempat Selamatkan Rakan Artis Sebelum Kiamat

on 25 October 2012

Abby Risau Tidak Sempat Selamatkan Rakan Artis Sebelum KiamatAbby Risau Tidak Sempat Selamatkan Rakan Artis Sebelum Kiamat | KUALA LUMPUR: Pelakon wanita yang baru ‘berhijrah’ serta kini aktif dipentas-pentas ceramah politik, Abby Abadi meluahkan kerisauan yang timbul dalam dirinya sejak berhijrah sekiranya tidak sempat menyelamatkan rakan-rakan artisnya sebelum hari kiamat.

Menurut kata Abby yang dipetik dari sebuah portal hiburan, Abby menegaskan dunia hiburan dan lakonan ketika ini sudah tidak sama-sekali mengikut tuntutan syariah Islam.

Justeru, dalam ceramah Ibu tunggal itu ketika program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi) pada 21 Oktober lalu, Abby menegaskan dunia artis sekarang semakin melalaikan.

Menurut Abby lagi, itu juga adalah salah satu tanda-tanda akan berakhirnya zaman ini.
“Bilamana saya sudah berada di dalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (artis) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam lagi. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya. Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang Islam dah,” katanya.
Disebabkan semakin banyak rakan-rakan artisnya yang lain tidak lagi mengendahkan tuntutan Islam, Abby merasakan tanggungjawabnya untuk mengajak kembali mereka kepada ajaran Islam yang benar.

Abby turut meluahkan kerisauannya jika dia tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum tibanya hari pembalasan kiamat.
“Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau sangat saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?” tambah Abby lagi.
Sumber: forblogger 
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. Siapa-siapa pun, tolong selamatkan Abby Abadi!

    ReplyDelete
  2. selamatkan diri sendiri dulu, barulah selamatkan orang lain.hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga semakin banyak yang mengikuti beliau berhijrah memakai tudung dan berbuat sesuai syariah

    ReplyDelete
  4. Diri sendiri pn blum tentu kemana jgnla kita baru setitik ilmu d dada tap trus menjadi sombong. Ingatla...blajar agama dlm politik besar natijahnya...kalau kita tidak dpt membezakan dan memahami antara poltik dn agama, jgnla cube d cmpo adukn...buruk kesanya

    ReplyDelete
  5. ASeifuddin YG SOMBONG TU BUKAN ABBY, TP YG KATA ABBY SOMBONG TU YG SOMBONG...X MAHU TIMA HAKIKAT DAN PENGHIJRAHAN SESEORG DR KEADAAN X BAIK KPD BAIK...

    ReplyDelete
  6. YG SOMBONG TU BUKAN ABBY, TP YG KATA ABBY SOMBONG TU YG SOMBONG...SB X MAHU TIMA HAKIKAT PENGHIJRAHAN DR X BAIK KPD BAIK...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved