Gambar Sekitar Majlis Potong Jambul Anak Sulung Tomok - Arrianshah Akid

on 17 September 2012

Gambar Sekitar Majlis Potong Jambul Anak Sulung Tomok - Arrianshah Akid | Pada petang Ahad lalu, penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28 telah mengadakan majlis rumah terbuka dan cukur jambol anaknya, Arrianshah Akid, tiga bulan setengah, di kediaman ibu bapanya di Alam Damai, Cheras.

Tomok mengakui teruja dan berbesar hati menerima kunjungan kira-kira 500 tetamu pada acara yang berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 6 petang itu. Katanya, dia tidak sangka akan menerima kunjungan tetamu seramai itu. Walaupun tidak menang tangan, dia berbesar hati kerana dapat berkongsi rezeki dan meraihkan ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat yang menyokongnya selama 13 tahun. Antara rakan artis yang hadir ialah Zul Yahya, Usop Wilcha, Fara Fauzana, Edry Abdul Halim dan kumpulan Sofazr.

Berikut merupakan beberapa keping gambar Majlis Potong Jambul Arrianshah Akid yang dipetik daripada sumber mStar Online.

Gambar Sekitar Majlis Potong Jambul Anak Sulung Tomok - Arrianshah Akid

Gambar Sekitar Majlis Potong Jambul Anak Sulung Tomok - Arrianshah Akid


Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved