Irma Hasmie Sah Mengandung, Redza Pula Jadi Kuat Makan | Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Pelik! tapi itulah yang berlaku kepada Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang mempunyai tabiat pelik tersebut selepas isterinya disahkan berbadan dua.
Redza berkata, apabila mendapat tahu Irma sedang hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain. Buat masa ini Irma tidak mengidam apa-apa lagi, tetapi sebaliknya dia pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan dia seorang yang kuat makan.
Dalam pada itu, buat sementara ini Redza akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang akan keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung. Selain itu, dengan cara ini kami dapatlah mengeratkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri.
Irma Hasmie kini sedang mengalami fasa muntah-muntah dan pening-pening. Kata Irma:-
Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya. Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengidam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan.
Semoga segalanya berjalan lancar buat Irma Hasmie. Jangan buat kerja berat sangat. Rilek-rileks terutamanya di trimester pertama ini. Tahniah sekali lagi. Tak sabar rasanya nak tengok kecomelan anak Irma dan Redza.
tahniah.. kejap je dh dapat rezeki.. best!
ReplyDeletetahniah .. irma n suami :)
ReplyDelete