Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir

on 25 July 2012

Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir | Di sini saya nak kongsikan satu artikel dengan rakan-rakan sekalian yang berkaitan dengan kedatangan Dajjal dan petanda kedatangannya yang semakin jelas kelihatan. Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada kita semua untuk mempersiapkan diri menhadapi segala kemungkinan.

PERHATIAN !!!

TASIK TIBRIYYAH (GALILEE) KINI 90% SUDAH KERING, PETANDA DAJJAL HAMPIR TERLEPAS DARI PERANTAIAN

Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir

Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari. 

Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.” 
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?” 
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?” 
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu akan kering suatu hari nanti dan aku akan terlepas ”….. 
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.

“Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut.” (2)

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan DILEPASKAN dan akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa a.s) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu. Kredit kepada HazriHafiz.

Wallahu'alam ...
Note: Adakah kita benar-benar semakin hampir dengan Dajjal ? Walau apa pun kemungkinananya, kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. aaaa sy oernah dgr sebelum ni..ya Allh kite ni dh akhir zaman dh..

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya kita da berada di akhir zaman....btw thanks for sharing...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved