Bonus Kakitangan Awam 2012 | Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

on 25 July 2012

Bonus Kakitangan Awam 2012 | Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam


Bonus Kakitangan Awam 2012 | Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam | Alhamdulillah. Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus raya 2012 setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam khas untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain faedah Bonus Raya setengah bulan gaji kepada penjawat awam, pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos. Semoga kedatangan syawal tahun ini lebih bermakna dan bertambah meriah dengan pemberian Bonus Raya 2012 oleh pemerintah. Amin…

Memetik dari Bernama:

Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. 

- Bernama


Sumber: HasrulHassan.com | Abgteror.com

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved