Semakan Online Kenaikan Pangkat (e-PANGKAT) - KPM

on 19 July 2012

Semakan Online Kenaikan Pangkat (e-PANGKAT) - KPM

e-Pangkat | Semakan Online Kenaikan Pangkat Guru – Kementerian Pelajaran Malaysia | Sebagaimana yang kita semua tahu, tempoh akhir pengemaskinian data PPP dan AKP telah tamat semalam, pada 18 Julai 2012, namun pengesahan oleh Ketua Jabatan perlu dilakukan pada 19 dan 20 Julai 2012. Dengan ini anda sudah tidak boleh mengemaskini data yang ada didalam sistem e-Pangkat lagi.

Selepas daripada tarikh 20 Julai 2012, pengemaskinian masih boleh dilakukan oleh Ketua Jabatan tetapi bagi PPP dan AKP yang masih belum dikemaskini dan disahkan maklumat mereka oleh Ketua Jabatan selepas daripada tarikh tersebut, Ketua Jabatan akan bertanggungjawab sekiranya PPP dan AKP tidak boleh dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat yang akan disiarkan di laman ePangkat selepas ini.

Sistem Naik Pangkat atau e PANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang melaksanakan:
  1. Proses pemangkuan
  2. Menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
  3. Kenaikan Pangkat
  4. Penempatan pemangkuan
  5. Pertukaran jawatan
  6. Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Disini juga admin sertakan cara-cara untuk membuat Permohonan Online Kenaikan Pangkat (e-Pangkat) Secara Online. Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Online Kenaikan Pangkat (e-Pangkat) Secara Online pula anda boleh terus ke langkah 2 (Semestinya anda sudah ada ID dan Kata Laluan Pengguna). Jika tidak anda perlu mendaftarkan maklumat ID dan Kata Laluan sebagaimana arahan dibawah.

Langkah 1 :
Langkah 2 :

Selepas siapa daftar barulah anda boleh Log masuk ke laman e-Pangkat.
Semakan Online Kenaikan Pangkat (e-PANGKAT) - KPM

Kemudian anda boleh isi maklumat sebagaimana yang diminta.

* Lupa ID atau Kata Laluan atau masalah LOG MASUK :

Emel kepada epangkat@moe.gov.my dengan tajuk yang jelas samada Lupa Kata Laluan atau Gagal Mendaftar ID Pengguna beserta maklumat lengkap tuan/puan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, gred dan gelaran jawatan, tempat bertugas dan kod tempat bertugas untuk memudahkan pihak berkenaan membuat tindakan. Harap maklum.


Sumber: ammboi.com
Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

  1. Salam sejahtera,
    Pasal pangkalan e-pangkat...saya dan beberapa orang rakan cuba menyemak status permohonan kami untuk kenaikan pangkat secara time-based dari DG41 ke DG44.. Notis yang dipaparkan ialah harp maaf..maklumat tidal terdapat dalam senarai...kami cuba menghubungi bahagian yang berkenaan di Kementerian...yang sedih panggilan telefon kami tidak pernah dijawab oleh bahagian siswazah....
    Yang menyedihkan lagi bila kami mendapat tahu bahawa ada guru mendapat Surat lantikan dari Kementerian sejurus selepas suami beliau yang bertugas di SPA Sarawak menelefon Kementerian dan bertutur dengan individu yang berkenaan ....
    Persoalan saya..kenapa perkara ini boleh berlaku dan bukankah ini dipanggil sebagai PW ya anti San kuasa? Ke mana perginya keadilan? Apa yang boleh kami, golongan yang tidak bernasib baik buat? Tunggu untuk bulan jatuh ke riba?

    ReplyDelete
  2. Asalammualaikum,
    Yang Berusaha Pegawai KPM bahagian kenaikan pangkat.Saya ingin tahu bilakah jawapan lantikan DG34 'Time Base' bagi guru-guru DG 32 yang dilantikan pada 1 Nov 2004 akan menerima surat lantikan DG 34 Time Base mereka itu? Kami di Perak sentiasa menyemak on-line tetapi jawapannya tidak terdapat dalam senarai. Kami berharap segala maklumat diberi kepada kami dari semasa ke semasa .Jawapan kadar segera kami kami harap sebelum 1 NOvember 2012 ini.Wasalam

    ReplyDelete
  3. Masih belum ada keputusan time based dg41/44 walaupun tarikh yang dijanjikan sehingga 31 Disember akan berakhir tidak lama lagi...

    ReplyDelete
  4. Saya...itu ...guru...mula...1999..DGA32....sudah atas..itu dinding..beluuum dapat itu itu barang taim basss...mauk main gitar lain pun tidak boleh

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya seorang pentadbir. Baru menerima jawatan pengetua DG52 Hakiki pada 2013. Sebelum nya menerima kenaikan pangkat DG 52 (KUB) pada 1/1/2012. Sebelum itu saya telah pun mendapat kenaikan pangkat DG48 (KUB) Pada Julai 2002 iaitu sudah lebih sepuluh tahun di kedudukan DG48(KUB). ADAKAH pertimbangan dalam kes saya ini untuk naik ke DG 54? RAMAI JUNIOR SAYA MENCAPAI GRED LEBIH TINGGI. Saya rasa ramai yang senasib dengan saya. Minta dipertimbangkan kes saya ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. kami fresh graduate nak naik pangkat dari dg 41 ke dg 44 13 tahun iaitu dari 1993 hingga 2006. kemudian dari tahun 2006 hingga tahun 2012 baharu dapat 48 iaitu setelah berkhidmat selama 19 tahun lebih. itupun tangga gaji pada tahun 2002 PIT13 atau P2T12,tetapi sekarang rakan-rakan bekas Ex PPLD yang telah pun menggunakan penjimatan 3 tahun, pun telah mengisi kenaikan ke 48 dengan gaji P1 T6, T7 T 8 pun dah layak memohon walaupun 44 baharu 3 tahun. kalau lah mereka ni dapat 48 sudah pastilah mereka akan dapat kenaikan gaji sehingga RM 1000 berbanding kami yang hanya dapat kenaikan 200 hingga 250 sahaja. selain itu kami hilang senioriti.. jadi tak ada guna belajar masuk universiti..cukup setakat maktab dan lepas tu sambung belajar kerana sampai masa semua Ex PPLD akan dapat kebajikan dan keistimewaan mencurah-curah....fikirkanlah...

    ReplyDelete
  7. suma pegawai tarak kesah...apa peduli orang punya masalah...ada jugak yg makan rasuah...sikit saja pegawai yg sanggup kerja susah...bantu orang selesai masalah...tp byk pegawai suka bagi org susah...org tepon byk kali nk angkat pn payah...lama2 org pn menyampah...mula la org menyumpah seranah...haiiii...SEDAR LAH!!!

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved