Bagi para peminat bolasepak, semestinya salah satu siri perlawanan yang tidak dilepaskan adalah EURO 2012 yang berlangsung sejak beberapa minggu yang lepas, dan berakhir dengan kemenangan Spain pada awal pagi tadi.
Dan seperti biasa, salah satu medium komunikasi utama yang digunakan bukan sahaja oleh para peminat, tetapi oleh pemainnya sekali adalah Twitter. Pihak Twitter kini mengeluarkan data mereka, memperlihatkan pada gol ke-empat pihak Spain, ia mencapai sehingga 15,358 tweet untuk sesaat, salah satu rekod baru Twitter apabila dilihat dari segi tweet berkaitan sukan.
Perlawanan akhir EURO 2012 juga turut melihat sebanyak lebih daripada 16.5 juta tweet dihantar oleh pengguna Twitter seluruh dunia.
Angka ini mungkin akan bertambah lagi dengan sukan Olimpik yang bakal menjelang tiba, yang mana turut mendapat sokongan daripada Facebook dan juga YouTube. kredit: Amnaz.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment