Permohonan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) Boleh Dilakukan Mulai 2 Julai 2012

on 3 July 2012

Permohonan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini | Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya berkata pemandu teksi boleh membuat permohonan subsidi tayar di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) mulai hari ini 2 Julai 2012. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma.

TR1Ma - Permohonan Bermula 2 Julai 2012

Syarat Kelayakan dan Borang Permohonan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)

Permohonan mesti disertakan dengan salinan Kad Pemandu yang sah, MyKad serta lesen memandu dan borang permohonan boleh didapati di pejabat wilayah SPAD atau dimuat turun melalui laman web SPAD di www.spad.gov.my/tr1ma.
  • Teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.
  • Memiliki Kad Pemandu yang sah (pemandu pertama sahaja yang layak)
  • Warganegara

——————————

Bagaimana Memohon Baucer TR1Ma?

Pemohon perlu mengikut langkah-langkah untuk membuat permohonan baucer Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).
  • Isikan Borang Permohonan TR1Ma yang boleh dimuat turun di bahagian Kandungan muat turun (klik sini) atau didapati dari akhbar-akbar utama atau pusat-pusat pengedaran baucer seperti pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Salinan semula borang (fotostat) diterima;
  • Pastikan borang lengkap diisi dengan maklumat peribadi pemandu, pilihan jenis dan saiz tayar serta kod peniaga tayar (klik sini untuk senarai peniaga tayar);
  • Nyatakan pilihan samada mengambil baucar secara serta-merta atau pada tarikh lain; atau melalui pos;
  • Kepilkan bersama salinan fotostat Kad Pemandu dan salinan Kad Pengenalan;
  • Borang tersebut mestilah diserahkan kepada pusat-pusat pengedaran baucar atau diposkan kepada alamat SPAD yang tertera pada borang;
  • Anda akan menerima dua (2) keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu.

——————————

Bagaimana Untuk Menukar Tayar?

  • Jika anda memilih menerima baucar serta-merta, anda boleh menuju ke bengkel peniaga tayar pilihan anda pada bila-bila masa mengikut tempoh sahlaku baucar;
  • Jika anda memilih penerimaan melalui pos, sila hubungi Pusat Panggilan SPAD di talian 1800-88- SPAD (7723) bagi mengesahkan baucar anda sebelum ke bengkel peniaga tayar pada bila-bila masa mengikut tempoh sahlaku baucar;
  • Pastikan dokumen-dokumen berikut tersedia dan diserahkan kepada peniaga tayar untuk menukar tayar; (1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Kad Pemandu dan Baucar TR1Ma yang sah).
  • Tetapkan tarikh temujanji untuk memasang tayar anda 14 hari selepas menyerahkan baucar

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Menurut SPAD pemohon boleh menghadirkan diri ke mana-mana pejabatnya atau pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpilih untuk menghantar borang permohonan itu. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SPAD di talian 1800-88- SPAD (7723). Kredit: ammboi.com

INFO LANJUT SILA KE : LAWAN WEB TR1MA

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved