Kejadian menyayat hati ini pula berlaku di sebuah wilayah di China. Ianya memang sesuatu yang sangat kejam dan memang tak terfikir apakah motif kejadian ini berlaku. Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya sendiri sewaktu dalam jagaan suspek sementara kedua ibu bapanya keluar bekerja.
Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu. Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital. Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik. Kredit: Ammboi.com
p/s : memang kesian dan jika tangan bayi malang itu sudah tak boleh berfungsi lagi la kesian….
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment