Gerhana Bulan Separa & Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari Minggu Depan

on 1 June 2012

Assalamualaikum....

Minggu depan  rakyat Malaysia bakal menyaksikan dua fenomena falak yang jarang-jarang berlaku iaitu gerhana bulan separa pada hari ISNIN dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada hari RABU (6 Jun 2012).

Transit Planet Zuhrah
Gambar Sekadar hiasan
Kita dapat melihat gerhana bulan separa ketika waktu maghrib di seluruh negara manakala fenomena transit planet Zuhrah pada 6 Jun 2012 dan dijangkakan amat menarik kerana planet Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena seperti ini memang jarang berlaku kerana transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang.

Sesiapa yang ada binokular ataupun teleskop yang dilapisi penapis suria kamu pasti akan melihat satu titik hitam bergerak melintasi permukaan matahari. Fenomena ini berlaku bermula dari terbit matahari yakni 6.10 pagi sehingga tengah hari jam 1.00 petang dan keseluruhan proses transit ini hanya dapat dilihat di Pantai Timur Sabah terutama di Sandakan.

Sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.

Kredit to: mStar
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved