Peluang untuk melihat planet Zuhrah memang jarang-jarang sekali berlaku. Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu (6 Jun 2012) depan. Anda berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini.
Menurut Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang. Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi. Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
whoa..julung-julung kali ni
ReplyDelete@SP (spudinpunya) sememangnya jarang2 berlaku... ianya sekali dalam 105 tahun... kalau ada teleskop @ binokular tu bolehlah lihat... hehehe
ReplyDelete