Keputusan Penuh Perlawanan Hoki Ireland Vs Malaysia | Hoki Kelayakan Olimpik London 2012

on 18 March 2012


Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan hoki di antara Ireland vs Malaysia yang berlangsung pada malam tadi bagi hoki Kelayakan Olimpik London 2012. Sedih yang teramat apabila Malaysia hanya sekadar mampu seri bertemu dengan Ireland. Harapan kita semua sudah semestinya ingin melihat pasukan hoki Malaysia berentap di olimpik nanti. Tapi apa nak buat yang pasukan negara kita kalah dengan jumlah mata yang dibezakan hanya satu mata saja. Tapi itu bukannya beerti pasukan hoki negara dah kalah, mereka kena bangkit lagi untuk memperbaiki corak dan mutu permaianan lebih-lebih lagi di bahagian pertahanan. Jika dilihat dari segi bahagian pertahanan, mereka agak longgar sikit bila tiba saat-saat akhir perlawanan terutamanya dalam dua perlawanan terakhir ini.

Harap lepas nie adalah perubahan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, mereka sudah menunjukkan kemampuan mereka dalam setiap perlawanan. kami ucapkan syabas kepada pasukan hoki negara. Jangan sedih sangatlah, InsyaAllah kita akan cuba lagi yang terbaik di Olimpik Brazil 2016. Empat tahun saja lagi, jadi banyak yang boleh dilakukan dalam masa yang panjang itu.

Malaysia tetap boleh. Jangan lupa teruskan sokongan anda semua terhadap semua pasukan negara kita kerana dengan sokongan anda semualah mereka itu bertambah lagi semangat. Jangan asyik nak kritik mereka saja tanpa memberi sokongan terhadap semua pasukan Malaysia.

Keputusan Perlawanan Hoki Ireland vs Malaysia | Kelayakan Olimpik London 2012

Ireland 1 vs 1 Malaysia

Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila berada di kedudukan ketiga yakni mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan dalam carta kumpulan dibelakang Korea Selatan 13 mata dan Ireland 11 mata. Berikut adalah kedudukan setiap pasukan di kumpulan A selepas lima perlawanan.


- Malaysia Boleh ! -


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved