Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop

on 30 September 2012

Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop | Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Tips Untuk Jimatkan Bateri LaptopJika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  • Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  • Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  • Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  • Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  • Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  • Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  • Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  • Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  • Jangan gunakan CD/DVD.
  • Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  • Gunakan cooling pad.
  • Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Nota : Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. Tapi lebih baik tak payah cabut bateri laptop bila guna laptop dalam jangka masa yang panjang demi mengelakkan motherboard anda rosak. Lebih baik rosak bateri daripada motherboard... hahaha... betul tak?!

Sumber: Islamitusuci

(Gambar) 5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia

5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia | Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Di bawah ini merupakan 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom lihat siapakah manusia yang paling genius itu?

5. Marco Calasan

Marco Calasan

Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.

4. Terence Tao

Terence Tao

Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.

3. Alia Sabur

Alia Sabur

Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.

2. March Boedihardjo

March Boedihardjo

Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun, sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.

1. Ainan Cawley

Ainan Cawley

Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.

Note - Inilah wajah-wajah insan yang diberikan sedikit kelebihan yang mana mampu berfikir jauh berbanding orang lain. Kepandaian mereka tidak boleh disangkal lagi, ibarat seseorang itu kalau belajar pun, tidak perlu baca buku sangat dah boleh skor dalam peperiksaan. Namun dengan kelebihan yang kita ada, janganlah kita kufur dengan nikmat yang diberikan.


Sumber: melayukini

Guna Darah Haid Dan Sperma Gajah Untuk Sihir Suami

Guna Darah Haid Dan Sperma Gajah Untuk Sihir Suami | Seorang isteri durjana tergamak menggunakan darah haidnya dan sperma gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Guna Darah Haid Dan Sperma Gajah Untuk Sihir Suami

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila suami malang itu meminum air tangkal tersebut, si suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Selain dari dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Kuala Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber: forblogger

Penduduk Panik Kerana Kampung Dilanda Tsunami Buih Sabun

Penduduk Panik Kerana Kampung Dilanda Tsunami Buih Sabun | Guangdong - Penduduk kampung di Xintang terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda tsunami buih-buih sabun setinggi 50 kaki.

Ia telah merebak dengan cepatnya dan menyebabkan penduduk di kampung berkenaan menjadi panik.

Tsunami Buih Sabun

Manurut pihak berkuasa, buih sabun itu dihasilkan apabila pencuci bukan toksid sisa basuhan penduduk tersebut telah dihanyutkan ke dalam sungai. Keadaan menjadi buruk apabila berlaku hujan lebat.
"Penduduk berhak untuk berasa bimbang mengenai kejadian ini, namun ia tidak membahayakan. Sabun berkenaan menghasilkan buih yang amat banyak ketika ia melalui air terjun di sungai berhampiran," katanya.
Bagaimanapun buih tersebut tidak merbahaya dan hanya menyebabkan seekor dua ikan mati.

Kejadian Puting Beliung Berapi Di Australia

Kejadian Puting Beliung Berapi Di Australia | Fenomena ini berlaku kira-kira 80 KM dari Ularu, Australia. Chris Tangey Alice Springs telah berjaya merakam detik-detik berlakunya puting beliung berapi itu selama 40 minit. Ia terjadi ketika berlaku kejadian kebakaran yang menjadi laluan puting beliung terbabit. Saksikan rakaman tersebut di bawah:


Video Rakaman Puting Beliung Berapi Di Australia

Keputusan Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 29 September 2012

on 29 September 2012

Keputusan Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 29 September 2012 | Sebentar tadi baru berakhir perlawanan Piala Sultan Selangor antara Veteran Selangor vs Veteran Singapura dan Pilihan Selangor vs Pilihan Singapura. Veteran Singapura berjaya menundukkan Veteran Selangor 2 - 1 manakala Pilihan Selangor pula berjaya menebus kekalahan pasukan veteran mereka apabila mereka berjaya menjinakkan Pilihan Singapura dengan jaringan 3 - 1. Kali terakhir Selangor memenangi piala ini ini ialah pada tahun 2008. Daripada 10 pertemuan menentang Singapura sebelum ini Selangor mencatatkan 4 kali kemenangan, 5 kali kekalahan serta sekali juara bersama. Berikut adalah keputusan perlawanan pada malam ini.

Keputusan Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 29 September 2012

Keputusan Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 29 September 2012


Veteran Selangor vs Veteran Singapura


Day
Date
Team
Skor
Team
Sat
29/9
Veteran Selangor
1 - 2
Veteran Singapura


Penjaring gol:

- Steven Tan (SIN) 10"

- Zainal Abidin Hassan (SEL) 14"  
- Fandi Ahmad (SIN) 37"

Pilihan Selangor vs Pilihan Singapura

Day
Date
Team
Skor
Team
Sat
29/9
Selangor 
3 - 1

Singapura XII



Penjaring gol: 

- Aleksandar Duric (SIN) 22"
- Safiq Rahim (SEL) 31"
- Bosko Balaban (SEL) 55"
- Rozaimi Rahman (SEL) 89"

Keputusan Suku Akhir Pertama Felda United vs Kelantan 29 September 2012

Keputusan Suku Akhir Pertama Felda United vs Kelantan 29 September 2012 | Perlawanan ini merupakan perlawanan yang terakhir suku akhir pertama Piala Malaysia 2012. Semalam hanya melibatkan satu perlawanan saja, di mana ATM menang tipis 3-2 terhadap Negeri Sembilan di tempat sendiri sebelum ATM bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, N9 pada 5 Oktober 2012. Malam ini menyaksikan satu lagi perlawanan Suku Akhir Pertama di antara Felda United vs Kelantan di Stadium Hang Jebat, Melaka.


Perlawanan Felda United vs Kelantan 29 September 2012 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM-TV1 bermula jam 8.45 malam ini. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan perlawanan tersebut menerusi blog ini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara livescore. Berikut adalah Keputusan Terkini/Penuh Perlawanan Felda United vs Kelantan 29 September 2012:

Keputusan Terkini/Penuh Perlawanan Felda United vs Kelantan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 29 September 2012

Masa 
Home
Score
Away
Status
8.45 mlm
Felda United
1 – 2
Kelantan
FT

* Sila Refresh untuk keputusan semasa perlawanan


Gol dan penjaring gol:

Felda United [1 - 2] Kelantan

Felda United: Khiran 79'
Kelantan: Nurul Azwan Roya 56' | Indra 77'

(6 Gambar) Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah | Di Abu Dhabi, terdapat sebuah masjid yang dianggap unik bagi penduduk tempatan di sana. Masjid ini telah dibina dengan berkedudukan di bawah tanah. Menarik!

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Pernahkah anda melihat sesebuah masjid itu dibina tanpa sebarang reka bentuk luaran, namun dibina di bawah tanah. Masjid ini boleh ditemui di Abu Dhabi dan sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan melepaskan peluang untuk singgah bersolat. Masjid unik ini diberi nama Masjid Moschee Moschea Camii. Terlihat unik kerana lokasi tempat ibadah tersebut berada di bawah tanah, yang terlihat sejuk sekali untuk menunaikan solat. Jom lihat gambar di bawah ini.

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Masjid Moschee Yang Dibina Di Bawah Tanah

Sumber: Blogammar

20 Negara Dengan Hutang Terbanyak Di Dunia

20 Negara Dengan Hutang Terbanyak Di Dunia

20 Negara Dengan Hutang Terbanyak Di Dunia | Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi jika dibandingkan dengan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan yang dimuat oleh majalah Forbes ini membandingkan 20 negara penghutang terbesar di dunia. Adakah Malaysia juga turut tersenarai dalam list ini? Nak tahu? baca sampai habis...

1. Ireland
Ratio Hutang (% KDNK): 1352% 
Hutang luar negeri: $2.39 juta 
KDNK : $177.3 juta 


2. Britain
Ratio Hutang (% KDNK): 427.6% 
Hutang luar negeri: $9.26 trillion 
KDNK (prediksi): $2.17 trillion 


3. Belanda 
Ratio Hutang (% KDNK): 395.6% 
Hutang luar negeri: $2.58 trillion 
KDNK (prediksi): $652 juta 


4. Switzerland 
Ratio Hutang (% KDNK): 390% 
Hutang luar negeri: $1,23 trillion 
KDNK (prediksi): $316.1 juta 


5. Belgium 
Ratio Hutang (% KDNK): 345.6% 
Hutang luar negeri: $1.32 trillion 
KDNK (prediksi): $381.4 juta 


6. Denmark 
Ratio Hutang (% KDNK): 315.2% 
Hutang luar negeri: $627.6 juta 
KDNK (prediksi): $199.1 juta 


7. Sweden 
Ratio Hutang (% KDNK): 275% 
Hutang luar negeri: $916.42 juta 
KDNK (prediksi): $333.2 juta 


8. Austria 
Ratio Hutang (% KDNK): 268.9% 
Hutang luar negeri: $869.13 juta 
KDNK (prediksi): $323.2 juta 


9. Perancis 
Ratio Hutang (% KDNK): 247.2% 
Hutang luar negeri: $5.22 trillion 
KDNK (prediksi): $2.11 trillion 


10. Portugal
Ratio Hutang (% KDNK): 231.5% 
Utang luar negeri: $538.1 juta 
KDNK (prediksi): $232.4 juta 


11. Hong Kong 
Ratio Hutang (% KDNK): 218.8% 
Hutang luar negeri: $659.27 juta 
KDNK (prediksi): $301.3 juta 


12. Norway 
Ratio Hutang (% KDNK): 208.9% 
Hutang luar negeri: $577.80 juta 
KDNK (prediksi): $276.5 juta 


13. Finland
Ratio Hutang (% KDNK): 205.7% 
Hutang luar negeri: $376.8 juta 
KDNK (prediksi): $183.1 juta 


14. Jerman 
Ratio Hutang (% KDNK): 189.4% 
Hutang luar negeri: $5.33 trillion 
KDNK (prediksi): $2.81 trillion 


15. Sepanyol 
Ratio Hutang (% KDNK): 184.7% 
Hutang luar negeri: $2.53 trillion 
KDNK (prediksi): $1.37 trillion 


16. Mesir 
Ratio Hutang (% KDNK): 175.3% 
Hutang luar negeri: $594.60 juta 
KDNK (prediksi): $339.2 juta 


17. Itali 
Ratio Hutang (% KDNK): 154.6% 
Hutang luar negeri: $2.71 trillion 
KDNK (prediksi): $1.76 trillion 


18. Hungary 
Ratio Hutang (% KDNK): 124.2% 
Hutang luar negeri: $231.33 juta 
KDNK (prediksi): $186.3 juta 


19. Australia 
Ratio Hutang (% KDNK): 108.8% 
Hutang luar negeri: $891.26 juta 
KDNK (prediksi): $819 juta 


20. Amerika Syarikat 
Ratio Hutang (% KDNK): 95.9% 
Hutang luar negeri: $13.67 trillion 
KDNK (prediksi): $14.25 trillion

Sumber: Billyinfo

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Nabi Muhammad S.A.W

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Nabi Muhammad S.A.W

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Nabi Muhammad S.A.W | Mungkin cerita ini sudah lama tapi ianya masih segar dan amat menyentuh perasaan betapa hebatnya seorang hamba ini kerana terpilih untuk bertemu dengan Nabi Junjungan Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam. Moga anda semua hayati apa isi kandungan cerita ini sehingga habis dan ianya menjadi panduan kepada kita semua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..Lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terusterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah.. baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah.. Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yang suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yang mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah.. ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah.. waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir.. insyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..(*_*) Di sini saya juga sediakan sebuah video untuk tatapan semua..

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved