Tonton Projek Memikat Suami Full Episode | Drama yang diadaptasi dari sebuah novel terlaris di pasaran berjudul Projek memikat suami oleh Hanina Abdullah akan menemui penonton mulai 23 Disember 2013. Drama ini akan disiarkan pada setiap hari isnin jam 10.00 malam hanya di saluran Astro Ria (104). Drama Projek Memikat Suami turut dibintangi oleh gandingan pelakon utama yang berbakat seperti Aiman Hakim Redza (Zahrain) dan Emma Maembong (Nawwal Husna).
LIVE : Astro Ria
HARI : Setiap Isnin
MASA : 10.00pm
MULA TAYANGAN : 23 Disember 2013
LAKONAN : Aiman Hakim Redza (Zahrain) dan Emma Maembong (Nawwal Husna). Turut dibantu oleh Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai),Sherry Ibrahim.
Lagu Tema/Lagu Latar Projek Memikat Suami : -
JUMLAH EPISODE : 13 Episod
Sinopsis Drama Projek Memikat Suami
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?”- Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment